Toyota GR Corolla 2025 Jepun, pakej sport istimewa, daripada RM163 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GR Corolla 2025
Toyota GR Corolla 2025
Kedua-duanya hebat di mana GR Corolla membawa legasi model terdahulu (AE86 merupakan sebuah Corolla) manakala GR Yaris sedang mencipta sejarah.

Seperkara lagi, GR Corolla lebih praktikal dengan empat pintu dan mempunyai ruang dalaman lebih luas untuk Corolla.

GR Yaris pula sebuah raksasa di atas jalan raya untuk pemandu dan penumpang sebelah.
Toyota GR Corolla 2025

 

Pada 2 Ogos 2024, Toyota memperkenalkan GR Corolla di Amerika Syarikat (AS) dan kini giliran Jepun dengan tempahan sudah pun dibuka.

Pelancaran rasmi GR Corolla dengan spesifikasi pasaran Jepun dijadual pada 3 Mac 2025.

Dengan tumpuan pada dalaman lebih sporti dan premium, Toyota menawarkan Pakej Sport sebagai pilihan pengeluar.

Ciri-ciri GR Yaris GR DAT & 6AMT dengan Pakej Sport:

 

Perkakasan GR-DAT (8AT / 4WD) 6MT (4WD)
Kerusi Kerusi duduk separa bucket eksklusif (gelungsur / rebah dengan logo GR)
Stereng Stereng tiga-jejari balutan Ultrasuede®*1 (warna hitam dengan logo GR dan penanda pukul 12)
Tuil Gear Tuil gear balutan Ultrasuede® dan alumite merah Tuil gear balutan Ultrasuede® dan alumite merah, logo GR
Sarung Tuil Gear Sarung tuil gear (Ultrasuede® dengan jahitan merah)
Brek Parkir Brek parkir manual balutan Ultrasuede®
Sarung Brek Parkir Sarung brek parkir balutan Ultrasuede® dengan jahitan
Tali Pinggang Keledar Tali pinggang keledar ELR warna merah (dengan pra-tegangan dan penghad beban untuk tempat duduk depan)
Lain-lain Kemasan hitam (meter, sisi Audio Paparan, kluster tengah, hiasan tempat duduk dll)
Harga 253,000 yen (RM7,274)


 

Toyota GR Corolla 2025

 

Selain itu, Mod Litar berfungsi untuk menonjolkan lagi potensi kereta melalui fungsi kawalan anti lengahan dan menaikkan penghad kelajuan di litar dan lokasi tertentu di Jepun.

Penentuan lokasi GPS dan operasi menggunakan aplikasi khas menukar paparan meter kereta kepada grafik khas yang menunjukkan masa penukaran gear dan rpm enjin.

Ciri-ciri Mod Litar (Track Mode):

 

Ciri Butiran
Anti-lengahan Mengurangkan lengahan turbo untuk meningkatkan prestasi pecutan semasa memecut, memperlahankan dan memecut semula dalam julat kelajuan enjin yang ditetapkan. Pilihan: padam, lemah, sederhana, atau kuat
Had Kelajuan Menambah had kelajuan maksimum
Kipas Penyejuk Memaksimumkan output kipas untuk mempercepatkan penyejukan suhu air enjin
Petunjuk Masa Tukaran Gear Memaparkan indikator tukaran gear pada meter untuk memberi isyarat secara visual dan menyokong operasi tukaran gear pada masa optimum berdasarkan tetapan melalui aplikasi (antara 4,000 dan 7,000 rpm); Pilihan paparan mengikut nisbah gear seperti takometer biasa atau pemasa berdasarkan bilangan saat seperti yang ditetapkan melalui aplikasi

 

Toyota GR Corolla 2025 Jepun

 

Toyota Gazoo Racing tidak melupakan pemilik sedia ada dan menawarkan beberapa komponen seperti GR Corolla 2025.

Komponen ini disarankan untuk mendapatkan keseimbangan kereta yang optimum dan membolehkan pemandu merasai perubahan.

Naik taraf 1: Set bolt dengan ikatan lebih tegar (rasa kesatuan dengan kereta yang lebih tinggi):

 

Komponen Turus stereng Penyerap hentak belakang
Bahagian Gantian Bolt Pencuci Beralur Ketebalan bebibir (bolt flange)
Keterangan Diameter sesendal (washer) dari 24 ke 32 mm, diameter kepala bolt dari 14 ke 17 mm Ketebalan bebibir bolt dari 2.1 ke 3.1 mm
Kesan Meningkatkan kestabilan pemanduan lurus garis lurus Meningkatkan cengkaman belakang mengikut gerakan stereng
Ketersediaan Dijangka bermula musim panas 2025
Kaedah Jualan Melalui pengedar Toyota dan pejabat Toyota Mobility Parts di seluruh Jepun
Harga

Akan ditentukan

 

Toyota GR Corolla 2025 Jepun

 

Naik taraf 2: Set suspensi untuk prestasi selekoh lebih pantas dan stabil

 

Komponen Lengan Bawah & Sambungan Bebola Bawah Penyerap hentakan depan dan belakang dengan spring lantunan Penstabil Belakang Pegas gegelung belakang
Bahagian Gantian Bebibir bolt berusuk Spring lantunan Penstabil belakang (diameter lebih kecil dari 24 ke 23 mm) Pegas gegelung belakang dengan dua peringkat (jarak longgar di atas, rapat di bawah)
Kesan Meningkatkan tindak balas stereng Meningkatkan kestabilan kenderaan semasa selekoh Meningkatkan kebolehkendalian kenderaan
Ketersediaan Dijangka bermula musim panas 2025
Kaedah Jualan Melalui pengedar Toyota dan pejabat Toyota Mobility Parts di seluruh Jepun
Harga Akan ditentukan

 

Toyota GR Corolla 2025 Jepun

 

Berkenaan rangkaian kuasa, enjin G16E-GTS 1.6 liter tiga silinder kini menghasilkan 304 ps pada 6,500 rpm dan 400Nm dari 3,250 sehingga 4,600 rpm.

GR Corolla 2023 memiliiki 224 ps pada 6,500 rpm dan 370Nm dari 3,000 sehingga 5,500. Daya kilas GR 2025 menyamai GR Corolla Morizo Edition.

GR tanpa pedal cekam ditawarkan pada harga 5,980,000 yen (RM171,830) dan lebih rendah iaitu 5,680,000 yen (RM163,191) untuk tiga pedal.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Spesifikasi Toyota GR Corolla 2025:

 

Spesifikasi Model GR-DAT (8AT / 4WD) 6MT (4WD)
Dimensi Panjang (mm) 4,410  
Lebar (mm) 1,850  
Tinggi (mm) 1,480  
Jarak Roda (mm) 2,640  
Trek (depan / belakang) (mm)   1,590 / 1,620  
Prestasi Berat (kg) 1,500 1,480
Enjin 1.6 liter 3 silinder dengan turbo dan interpendingin  
Kuasa Maksimum (kW (PS)/rpm) 224 (304)/6,500  
Tork Maksimum (N・m (kgf・m)/rpm) 400 (40.8)/3,250-4,600  
Kecekapan Bahan Api WLTC (km/L) 10.8 12.4
Transmisi & Pacuan Jenis GAZOO Racing Direct Automatic Transmission (8-speed automatic transmission) iMT (6-speed manual transmission)
Pembeza Depan: Torsen® LSD, Belakang: Torsen® LSD
Pacuan GR-FOUR 4WD Electronic multi-plate clutch 4WD (dengan 3 mod boleh pilih)
Suspensi & Brek Suspensi Depan: MacPherson strut, Belakang: Double wishbone
Brek Depan: Cakera berliang (18-inci aluminium, angkup 4-omboh bertentangan), Belakang: Cakera berliang (16-inci aluminium, angkup 2-omboh bertentangan)
Tayar 235/40R18 (YOKOHAMA ADVAN APEX V601)
Kapasiti Tangki Bahan Api (liter)   50 50

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagi memastikan prestasi enjin kekal konsisten walaupun dipandu dalam beban tinggi, TGR turut…
Berita Global
  Langkah ini diambil kerana permintaan terhadap produk TOYOTA GAZOO Racing (TGR) sentiasa…
Berita Global
  Jika 'Toyota Universe' diambil kira, Lexus LBX Morizo RR juga siri berprestasi dengan enjin…