Toyota GR C-HR? Biar betul Toyota?

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model GR Supra, GR Yaris dan yang terbaharu GR Corolla, terdapat ura-ura Gazoo Racing bakal menambah sebuah lagi jentera berprestasi tinggi yang akan memakai lencana GR dalam bentuk SUV.

Toyota GR C-HR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda tidak salah baca, penulis tidak salah menaip. 

Menurut satu laporan daripada Auto Express, jika benar informasi yang diberikan ini, GR C-HR bakal hadir membuat kemunculan rasmi dalam tempoh beberapa tahun lagi, atau seawal tahun 2023.
 


Spekulasi turut menyebut jentera C-HR ini bakal menggunakan enjin tiga silinder yang sama terdapat pada GR Yaris, namun dengan talaan yang lebih rendah kuasa berbanding 257 hp (GR Yaris Eropah) dan 268 hp (GR Yaris Jepun).

Ini sekaligus menjawab persoalan di mana enjin tiga silinder sebaris berkuasa turbo tersebut akan memiliki talaan kuasa yang berbeza sesuai dengan karakteristik kenderaan yang memuatkannnya. 
 


Toyota GR C-HR bakal memberikan saingan kepada model-model yang seumpamanya di dalam segmen seperti Ford Puma ST, Volkswagen T-Roc R, dan lain-lain lagi. 

Memandangkan arus pemilikan global (dan di kalangan pemilik muda) kini menggemari segmen SUV, Toyota nampaknya mengambil langkah yang tepat dalam memperkenalkan GR C-HR ke pasaran. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, generasi ketiga Toyota Sienta telah pun rasmi dilancarkan di pasaran Jepun dengan penawaran…
Berita Domestik
Salah satu informasi penting yang sempat diperoleh adalah spesifikasi enjin, di mana Toyota telah…
Berita Global
Setelah tiga generasi, Toyota akhirnya melancarkan generasi keempat Toyota Sienna yang dibangunkan…