Toyota GR 86 mula dijual di Jepun, versi asas dari RM102k tanpa sistem hiburan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GAZOO Racing memulakan jualan bagi kereta sports pacuan roda belakang generasi baharu Toyota GR 86 bermula 28 Oktober 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan bersama Subaru, Toyota GR 86 banyak berkongsi komponen dan asas bersama Subaru BRZ, namun menurut Toyota ia dapat dibezakan dengan pengendalian yang unik, respons yang lebih linear dan kelincahan yang tersendiri.

Dari segi penampilan, Toyota GR 86 masih lagi membawakan silhouette kereta sports pacuan roda belakang dengan titik graviti yang rendah.
 

86


Apa yang berubah berbanding GT 86 adalah rekaan lampu utama dan lampu belakang, serta logo yang telah direka semula menampilkan logo GR.

Sementara pengaruh enjin boxer pula boleh dilihat menerusi reka bentuk paparan kluster instrumen yang terdiri daripada skrin berwarna tujuh inci, serta animasi pembukaan yang diinspirasikan daripada pergerakan omboh nadi boxer.

Terdapat tiga tetapan yang boleh dipilih untuk paparan meter itu tadi, seperti NORMAL, TRACK, dan juga SPORT yang dikhaskan untuk model transmisi automatik sahaja.

Tempat duduk GR 86 direka untuk menyokong posisi pemanduan selain mampu menampung daya G yang terhasil ketika pemanduan agresif.
 

86


Enjin flat-four 2.4 liter dengan teknlogi pancitan bahan api D-4S ini mampu menghasilkan 232 hp @ 7,000 rpm dan 250 Nm @ 3,700 Nm, dimana pecutan 0-100 km/j kini boleh dicapai dalam masa 6.3 saat (1.1 saat lebih pantas berbanding GT 86).

Meskipun masih lagi mengekalkan dimensi yang hampir serupa, namun para jurutera Toyota telah bekerja keras bagi memastikan pengendalian yang lebih jitu berbanding generasi terdahulu, walaupun ia sudah pun terkenal kerana dinamik pengendaliannya.

Beberapa bahan ringan digunakan, seperti panel bumbung dan fender daripada aluminium, titik graviti yang rendah serta casis yang telah dipertingkatkan 50 peratus tahap kekakuan kilasan (torsional rigidity) supaya ia menjadi sebuah kereta pemandu yang sebenar.
 

86


Aspek aerodinamik turut diberikan tumpuan di mana GR 86 kini menampilkan liang udara pada fender depan, spoiler sisi serta spoiler ekor itik yang menyumbang kepada kadar cengkaman yang baik pada bahagian depan, serta kadar kestabilan pada bahagian belakang.

Untuk model AT sahaja, Toyota GR 86 dilengkapi dengan sistem keselamatan Subaru EyeSight Driver Assist Technology yang menampilkan ciri brek pra-pelanggaran.

Tiga varian ditawarkan, iaitu RC, SZ dan RZ di mana model asas RC hanya ditawarkan dengan transmisi manual enam kelajuan, rim 16 inci dengan tayar 205/55R16, diikuti rim 17 inci dan tayar 215/45R17 untuk varian SZ, dan rim 18 inci dan tayar 215/40R18.
 

865


Harga jualan bermula dari 2,799,000 yen (RM102,212) hingga 3,512,000 yen (RM128,249) dan harus diingat, kesemua varian tidak didatangkan dengan sistem infotainmen!

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun dipakaikan lencana yang berbeza, namun secara asasnya kedua-dua jentera pacuan roda…
Berita Global
Pakar manipulasi gambar automotif, Theophilus Chin sempat berkongsikan kepada kami gambaran kereta…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Spyder7, Lexus juga dikatakan berminat untuk menawarkan kereta…