Toyota Gazoo Racing WRT: Ott Tanak keluar, Sebastien Ogier masuk!

oleh Mohamad Hanif|
Juara kejohanan rali dunia enam kali, Sebastien Ogier sah menyertai pasukan Toyota Gazoo Racing WRT untuk musim hadapan menggantikan pemandu asal Ott Tanak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemasukan pemandu Perancis berusia 35 tahun yang sebelum ini berlumba mewakili pasukan Citroen pada musim ini akan disertai oleh Elfyn Evans dan rookie berusia 19 tahun, Kalle Rovanpera. 

Sementara Ott Tanak pula berhijrah ke pasukan Hyundai untuk musim hadapan. 

Menurut ketua pasukan, Tommi Makinen berkata, "kami tahu betapa kuatnya Sebastien dan tidak sabar untuk bekerja bersama beliau dan Julien Ingrassia sebagai pemandu bersama.

Kontrak yang ditandatangani selama setahun ini bakal menyaksikan musim hadapan sebagai musim terakhir beliau beraksi di arena rali antarabangsa sebelum bersara. 

Selain daripada Ott Tanak, dua lagi pelumba Jari-Matti Latvala dan Irishman Kris Meeke juga turut sama meninggalkan pasukan Toyota. 

Ketika ini, hanya pasukan M-Sport sahaja yang tinggal dengan kekosongan pemandu selepas pasukan Citroen mengumumkan penarikan diri daripada kejuaraan rali sedunia beberapa hari yang lalu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
GR Yaris telah ditampilkan dengan 4 konsep baharu dan 2 darinya bakal dijual secara rasmi untuk…
Sukan Bermotor
Keputusan itu dibuat setelah PSA Group meneliti dan menyusun kembali aktiviti perlumbaan jenama di…