Toyota Gazoo Racing Vios Challenge terima sambutan hangat - 40 Vios bakal bersaing!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Gazoo Racing Vios Challenge terima sambutan hangat - 40 Vios bakal bersaing!
Toyota Gazoo Racing Vios Challenge terima sambutan hangat - 40 Vios bakal bersaing!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bayangkan perlumbaan jalanan dengan 40 buah kereta. Iya ini bukan persaingan di litar tetapi perlumbaan jalanan Toyota Gazoo Racing Vios Challenge yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada Ogos depan.

Perlumbaan yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor itu mendapat sambutan hangat apabila jumlah Toyota Vios yang digunakan telah meningkat dari perancangan asal sebanyak 30 buah kini sudah menjadi 40 buah kesemuanya.

Minat dari komuniti perlumbaan dan pasukan telah mendadak naik setelah kempen Vios Challenge itu dilancarkan memandangkan ia dijalankan mengikut format satu jenis model (one make race) dan dilangsungkan di jalan raya yang diubahsuai menjadi litar lumba.

 

Toyota Gazoo Racing Vios Challenge terima sambutan hangat - 40 Vios bakal bersaing

 

"Minat terhadap Vios Challenge ini begitu menggalakkan," kata Presiden UMW Toyota Motor, En. Ravindran Kurusamy. "Kami mendapat begitu banyak permintaan dari perlumba yang mahu membeli kereta dan bersaing dalam Vios Challenge, namun disebabkan beberapa perkara seperti faktor keselamatan dan logistik, kami terpaksa menghadkan kereta kepada 40 buah sahaja," kata beliau.

Perlumbaan musim pertama ini bukan sahaja menarik muka baharu malah mereka yang sudah mempunyai nama seperti Tengku Djan, Boy Wong dan James Veerappan. Lebih ramai pelumba ternama akan diumumkan apabila penyertaan ditutup pada pertengahan Jun ini.

Dengan jumlah tambahan kereta, Vios Challenge kini akan mempunyai 40 pelumba yang bersaing dalam pelbagai kategori. Acara itu diadakan sempena Karnival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) pada hujung minggu dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

 

Toyota Gazoo Racing Vios Challenge terima sambutan hangat - 40 Vios bakal bersaing

 

Selain nama-nama besar dalam dunia perlumbaan, Vios Challenge turut disertai oleh orang kuat UMW Toyota Motor sendiri iaitu Naib Pengerusi, En. Akio Takeyama.

"Saya begitu teruja untuk buat kali pertama dalam Vios Challenge. Saya telah berusaha keras dalam kelas perlumbaan dan saya telah banyak belajar dari instruktor. Saya tidak sabar untuk berlumba," kata En. Akio.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…