TOYOTA GAZOO RACING SASAR PERTAHAN KEJUARAAN 1K SEPANG 2023

oleh Hamimah Hamid|
TOYOTA kembali dengan misi mempertahankan kejuaraan keseluruhan tahun lalu serta hatrik penamat podium di Perlumbaan Endurance 1000KM Sepang (S1K) pada tahun ini.

Bagi tahun 2023, barisan pelumba untuk pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia adalah juara bertahan S1K, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dan Naquib Azlan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Pasukan pengedar Wing Hin Motorsports turut mewakili Toyota dalam Kelas MTC dengan dua Yaris yang akan dipandu Boy Wong dan bekas pemandu Gazoo Racing Rookie Class Amer Harris.

 

Melihat kemampuan dua model Vios dan Yaris berlumba, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran yakin dengan kemampuan kedua-dua model itu.

Ganzoo racing pit

“S1K juga akan menyaksikan pertandingan Piala Vios Enduro GAZOO Racing (GR) ketiga dalam Kelas SP 2 S1K dan menjadikan akhir musim yang sangat popular untuk pemandu yang sudah pun bersaing dalam Cabaran GR Vios dan Piala Pecut GR Vios.” katanya.

 

Piala GR Vios Enduro terus menarik kedua-dua kumpulan pemandu berpengalaman serta muda dan penyertaan tahun ini turut disertai beberapa lapisan masyarakat.

 

Sebanyak 11 buah kereta akan bersaing dalam Kelas SP2 dan Piala GR Vios Enduro, termasuk pasangan Axle Sports Alister Yoong yang akan berpasangan dengan juara kelas Rookie Cabaran Vios 2023, Ariff Azmi.

Racing pit

23 Motors dengan barisan pemandu Abdul Miqail dan Amir Mirza akan bersaing pada tahun ini, kedua-duanya merupakan pesaing tetap dalam Cabaran GR Vios. 

 

Abdul Miqail merupakan pemenang Piala GR Vios Enduro pada 2022 dan menduduki tempat ketiga pada 2021. 

 

Merangkul dua kedudukan teratas tahun lepas, 23 Motors juga akan menurunkan kereta kedua yang diketuai oleh Daniel Haqeem Azwan.

 

Piala GR Vios Enduro juga akan menyaksikan penampilan sulung bagi pasukan bapa dan anak Shanmuganathan Arumugam dan Ashen Shanmuganathan serta pasangan suami isteri Shafiq Samsudin dan Shasha Shafie.

 

Turut bersaing, dua lagi pemandu wanita Adele Lew, seorang lagi pemandu GAZOO Racing Rookie Class dan Nurul Auni Nasharuddin.

 

Pemenang tempat pertama Piala GR Vios Enduro akan menerima wang tunai RM10,000, diikuti RM8,000 (kedua); RM6,000 (ketiga); RM4,000 (keempat) dan RM2,000 (kelima).

 

 

Penulis: Firdaus Razani