Toyota, Gazoo Racing Malaysia terajui usaha lahirkan pelumba muda negara

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Program baru-baru ini mengejutkan arena sukan bermotor Negara apabila secara tiba-tiba mengumumkan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing bagi mencungkil bakat pelumba-pelumba tempatan dari usia antara 14 ke 20 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota bukanlah satu nama yang asing dalam sukan permotoran Negara dan ia telah pun dengan jayanya menganjurkan tiga musim siri perlumbaan Toyota Vios Challenge yang membariskan pelumba-peluma amatur dan profesional.

Malah Toyota juga satu-satunya syarikat tempatan yang telah menyahut cabaran untuk melatih begitu ramai selebriti tanahair untuk menjadi seorang pelumba yang kompetitif.

Pemilihan enam pelumba remaja baru-baru ini menimbulkan tanda tanya mengapa syarikat pembuat kereta tempatan seperti Toyota bersungguh-sungguh membuat apa yang sering dianggap sebagai satu pelaburan besar di dalam arena sukan bermotor negara.

 


“Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing ini menjadi asas kepada pelaburan berterusan Toyota dalam pembangunan sukan permotoran Negara,” kata Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor

“Ianya selaras dengan penganjuran Toyota Vios Challenge yang bertujuan memberikan suntikan semangat kepada bidang sukan permotoran tempatan yang selama ini lebih tertumpu kepada perlumbaan litar sahaja. Pembinaan litar-litar jalanan di bandar-bandar utama di Malaysia seperti di Kuala Terengganu, Pulau Pinang dan Johor umpamanya, ternyata berjaya membawa sukan ini lebih rapat kepada peminat sukan permotoran di seluruh negara.”

Menurut Ravindran, Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing dan kategori khas untuk para pelumba muda ini pada musim keempat nanti, juga akan membawa jenama Gazoo Racing dan perlumbaan Toyota Vios Challenge lebih hampir kepada menjadikan ia batu loncatan kepada pelumba-pelumba muda untuk bertanding dalam acara sukan permotoran.
 


Apa yang menarik mengenai Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing ialah ianya juga berani membariskan pelumba-pelumba simulasi (perlumban alam maya) yang akan berlumba secara sebenar untuk kali pertamanya.  Mereka ini ialah Mika Hakimi yang berusia 17 tahun dan Naquib Azlan yang berumur 20 tahun.

Empat lagi pelumba muda yang dipilih untuk menyertai program tersebut mempunyai latar belakang berlumba dalam arena go-kart. Mereka terdiri dari Jwan Hill berusia 18 tahun, Amer Harris berumur 17 tahun, Troy Eimann berusia 16 tahun, dan peserta termuda and berusia 14 tahun iaitu Putera Adam.

"Selepas tiga musim berlangsungnya siri perlumbaan Toyota Vios Challenge, kami perhatikan usaha yang berterusan dari pelumba-pelumba muda untuk melibatkan diri di dalam perlumbaan tersebut. Pencapaian terbesar perlumbaan Toyota Vios Challenge ialah apabila pelumba berusia 16 tahun Hayden Haikal berjaya menjuarai kategori Sporting pada Musim Ketiga yang lalu,” kata Akio Takeyama, Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia.
 


Musim lalu turut memperlihatkan kecemerlangan seorang lagi pelumba muda berusia 18 tahun Bradley Benedict Anthony yang berjaya meraih tempat kedua secara keseluruhan dalam perlumbaan yang sama walaupun beliau kali pertama berlumba menggunakan sebuah kereta.

"Kedua-dua remaja ini mempunyai pengalaman dalam sukan go-kart sebelum memilih untuk berubah haluan kepada perlumbaan kereta," kataTakeyama.

Menurutnya, ini berlaku kerana siri perlumbaan Toyota Vios Challenge bukan sahaja membolehkan penyertaan pelumba-pelumba muda dengan kos penyertaan yang rendah, tetapi format perlumbaan "one-make" (penggunan jentera yang sama) ini juga memberikan peluang samarata dan membolehkan pelumba-pelumba muda bersaing dengan pemandu-pemandu negara yang lebih berpengalaman.

 


Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing dirancang untuk membimbing pelumba-pelumba muda tempatan dan setelah tamat latihan, para pelumba akan berpeluang untuk berlumba dengan menggunakan jentera lumba Toyota Vios dan bertanding untuk Musim Keempat Siri Toyota Vios Challenge.

Apa-apa pun, syabas dah tahniah kepada Toyota kerana menyumbang ke arah membangunkan arena sukan bermotor negara! Dan kepada adik-adik yang terpilih menyertai program ini, buatlah bersungguh-sungguh  dan Insya Allah satu hari nanti nama-nama mereka.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…