Toyota Gazoo Racing Malaysia (dan GR Supra) meriahkan Japan Super GT!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi pengumuman terbaharu berkenaan penganjuran sukan permotoran berprestij Japan Super GT yang bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi, ia juga turut menyaksikan penyertaan Toyota Gazoo Racing Malaysia sebagai rakan Japan Super GT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kolaborasi antara penganjur Japan Super GT dan TGR Malaysia bakal menyaksikan pelbagai acara menarik yang bakal disusun untuk para pengunjung festival Toyota Gazoo Racing, serta Vios Challenge One-Make Race. 

Menurut Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMW Toyota Motor berkata, "kami mengucapkan terima kasih atas sokongan padu rakyat Malaysia, Toyota Gazoo Racing Festival kini sudah pun memasuki musim ketiga. 
 


"Untuk meletakkan jejak yang lebih besar di dalam sukan permotoran Malaysia, kami amat berbangga untuk berkolaborasi bersama Super GT untuk membawakan semangat 'fun to drive' dan lebih keseronokan kepada para peminat sukan permotoran," ujarnya lagi. 

Kolaborasi bersama Japan Super GT yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini akan dilengkapkan dengan kehadiran model Toyota GR Supra yang merupakan model berprestasi tinggi pertama di dalam GAZOO Racing Garage. 
 


Difahamkan, Toyota GR Supra merupakan antara hadiah yang bakal menanti para peminat dan pengunjung acara Autobacs SUPER GT Series 2020 menerusi peraduan Teka dan Menang. 

Sementara itu, Toyota Gazoo Racing Festival pusingan keempat akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 18 dan 19 April ini setelah perlumbaan pertama diadakan di Kuala Terengganu, diikuti oleh Bandar Malaysia dan Stadium Batu Kawan. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Selain daripada itu, perlumbaan tahunan berprestij ini bakal menyaksikan penganjuran sulung Piala…
Sukan Bermotor
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Musim 4 akan dikenang sebagai musim yang…