Toyota GAZOO Racing Malaysia bakal hangatkan Sepang 1000KM!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GAZOO Racing Malaysia akan menghangatkan lagi hujung minggu ini dengan menyertai Perlumbaan Endurance Sepang 1000KM (S1K) dengan menghantar dua penyertaan, masing-masing dalam kelas MTC Production dan SP2 Production.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, perlumbaan tahunan berprestij ini bakal menyaksikan penganjuran sulung Piala Vios Enduro untuk pasukan persedirian dan pengedar yang akan beraksi dalam kelas SP2 Production.

Kelas MTC Production bakal menyaksikan aksi juara tiga kali Vios Challenge merangkap duta GAZOO Racing Malaysia, Tengku Djan Ley bersama rakan sepasukan, Naquib Azlan serta Ketua Pegawai Sukan Permotoran GAZOO Racing, Akio Takeyama.

Sementara kelas SP2 Production pula menampilkan gandingan pemandu kelas Rookie Vios Challenge, Mika Hakimi dan Jwan Hii bersama-sama naib juara kelas Promotional, Zizan Razak.

Menurut Akio Takeyama, mereka mensasarkan kedudukan juara dalam kelas yang disertai, selain menjadikannya sebagai satu permulaan untuk melebarkan sayap GAZOO Racing Malaysia dalam kancah sukan permotoran Malaysia.

"Penyertaan ini juga adalah untuk memberikan platform baru bagi bakat muda untuk berlumba dalam persekitaran lebih kompetitif melangkaui Vios Challenge,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Piala Vios Enduro pula akan berlangsung serentak dengan S1K dan diwujudkan untuk membawakan jentera lumba Vios Challenge dan pemandunya keluar dari persekitaran biasa mereka.

Piala berkenaan menawarkan hadiah pertama RM10,000, dengan hadiah kedua dan ketiga masing-masing sebanyak RM8,000 dan RM6,000.

Hadiah tunai berjumlah RM4,000 dan RM2,000 juga ditawarkan kepada pemenang tempat keempat dan kelima.

Pelumbaan 1,000 km itu dijangka mengambil masa selama sembilan jam meliputi 181 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang.

Turut membuat penampilan sulung dalam kelas MTC Production kali ini ialah sebuah Toyota Yaris yang dipandu oleh juara kelas Sporting Vios Challenge Musim-3 yang berusia 16 tahun, Hayden
Haikal, yang akan bergandingan dengan seorang lagi pemandu muda berbakat, Timothy Yeo, mewakili Wing Hin Motorsport, yang merupakan pengedar Toyota.

Mereka akan disertai dalam kelas MTC Production oleh juara kelas Super Sporting Vios Challenge Musim-2, Boy Wong dan pemandu kelas Sporting Vios Challenge, Dannies Ng dengan jentera Vios. Pasangan ini pernah menamatkan perlumbaan S1K pada 2019.

Dalam tempoh 11 tahun perlumbaan ini diadakan sejak 2009 hingga 2019, Toyota pernah memenanginya dua kali melalui penyertaan persendirian dengan jentera AE86 pada 2010 dan Corolla Altis pada 2011.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Sukan Bermotor
Pasukan yang sama menyertai Sepang 1000KM (S1K) tahun lepas kini tampil dengan nama baharu, iaitu…
Sukan Bermotor
Acara Vios Sprint Cup akan berlangsung sekali dengan perlumbaan Malaysia Championship Series (MCS)…