Toyota Gazoo Racing - Kelas Super Sporting saksi aksi agresif

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan pertama untuk musim kedua Gazoo Racing semalam di Stadium Sultan Mizan menyaksikan aksi-aksi trek yang sudah lama tidak dilihat di dalam negara.

William Ho yang memandu Vios nombor 39 muncul juara, walaupun beliau terpaksa berusaha keras kerana pemenang tempat kedua, Boy Wong dari St Wangan Racing cuma berada satu saat di belakangnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boy Wong sendiri tidak mampu lari dari Vios yang dipandu oleh Kenny Lee yang cuma satu saat di belakangnya.

Ketiga-tiga mereka bertarung sejak dari awal perlumbaan. Kenny yang memulakan perlumbaan dari petak pertama tetapi dipotong oleh rakan sepasukannya, William.

 

 

"Saya keliru dengan lampu permulaan dan ketika itu William dan Boy terus memotong saya," terang Kenny.

Tempat keempat dimiliki oleh Keifli Othman yang memandu untuk pasukan Laser Motor Racing dan tempat kelima ialah Mark Darwin dari Dream Chaser.

 

 

Hari ini ialah perlumbaan terakhir untuk perlumbaan Vios Challenge di Toyota Gazoo Racing Festival di Kuala Trengganu.

Selepas Trengganu, Gazoo Racing akan ke Maeps pada bulan Oktober ini, diikuti oleh Pulau Pinang pada bulan Januari tahun hadapan dan Sepang dalam bulan Mac.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…