Toyota Gazoo Racing dedah perincian jentera Hilux V8 Dakar Rally

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara perlumbaan Rali Dakar 2021 yang akan dimulakan di Arab Saudi 3 Januari ini, Toyota Gazoo Racing mengumumkan barisan jentera yang bakal berentap, iaitu Toyota Hilux V8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera Hilux yang digunakan ini menampilkan enjin bentangan V8 aspirasi natural bersesaran 5.0 liter, sistem suspensi bebas sepenuhnya, dan sistem pacuan semua roda.

Namun untuk versi 2021, Hilux V8 ini diberikan penampilan yang lebih kurang serupa dengan Hilux facelift yang diperkenalkan baru-baru ini, serta penambahbaikan diberikan terhadap sistem suspensi dan enjin untuk menjadikannya lebih kompetitif dan lebih baik.

 


Hilux pasukan Toyota Gazoo Racing akan dipandu oleh pemenang perlumbaan 2019, Nasser Al-Attiyah dan Mathiu Baumel yang berjaya menamatkan perlumbaan 2020 di tempat kedua.

Kru seterusnya terdiri daripada Giniel de Villiers dan Alex Haro yang berharap dapat mengulangi kejayaan yang dikecapi di Rally of Morocco.

Kru ketiga disertai oleh Henk Lategan dan Brett Cummings dari Afrika Selatan. Walaupun ini merupakan kali pertama Lategan menyertai Rali Dakar, beliau baru-baru ini memenangi South African Cross-Country Series untuk kali kedua berturut-turut, manakala Cummings pula sebelum ini menyertai Rali Dakar di dalam kategori motosikal.

Kru keempat pula terdiri dariapda Shameer Variawa yang pernah menjuarai perlumbaan tempatan di Afrika Selatan dan dibantu oleh Dennis Murphy.

 


Rali Dakar edisi 2021 akan mengambil tempat sepenuhnya di Arab Saudi, dengan titik permulaan bertempat di Jeddah.

Laluan perlumbaan adalah hampir sama dengan apa yang ditawarkan tahun lalu, namun pihak penganjur menjanjikan penambahan seksyen baharu bagi menjadikan perlumbaan lebih sengit.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Penawaran Ducati DesertX tersebut telah dikemaskini untuk model tahun 2023 dengan membawakan liveri…
Berita Global
Namun tahukah anda, Porsche pada asalnya mahu menggunakan nama ‘Safari’ pada model 911 off-road ini…
Gaya Hidup
Berita baik, anda sebenarnya berpeluang untuk memandu salah sebuah kenderaan yang pernah digunakan…