Toyota Gazoo Racing dedah imej acah Yaris GR-4 - jentera rali yang lebih serius

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira 10 hari akan datang, Toyota bakal memperlihatkan sebuah jentera rali baharu pocket rocket yang akan digunakan pada kejohanan Rally Australia, digelar sebagai Toyota Yaris GR-4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera baharu Toyota Yaris GR dengan pacuan semua roda berkuasa turbo itu difahamkan akan memasuki fasa produksi dan memulakan debut di pusingan akhir WRC tahun ini. 

Gambar acah berkenaan jentera ini diterbitkan buat kali pertama oleh laman Facebook Toyota Gazoo Racing dengan kapsyen "GR Yaris Prototype. Live at Wedding Bells, Rally Australia. 2019.11.17”.

Secara kasar, ia merupakan jentera yang dibangunkan berdasarkan Toyota Yaris generasi baharu, namun dengan kit badan yang lebih lebar bagi menampung trenkuasa pacuan semua roda bersesuaian dengan bidang yang diceburinya itu. 

Penggunaan lambang GR-4 pada Yaris baharu ini juga dilihat memberikan petanda bahawa kembalinya jentera berprestasi tinggi seperti mana yang dibawakan oleh generasi Toyota Celica GT-Four suatu ketika dahulu yang menjadi seteru utama Subaru WRX dan Mitsubishi Evolution. 

Sebelum ini, pasukan Toyota Gazoo Racing World Rally Team mengungguli tempat teratas WRC 2019 dengan Ott Tanak dan pemandu arahnya Martin Järveoja muncul juara.

Ini bermakna, sudah 25 tahun Toyota tidak pernah merasai kemanisan ini setelah kali terakhir Didier Auriol mencatatkan kemenangan menerusi jentera Celica GT-Four.

 

Dengan pengenalan jentera rali Yaris GR-4 ini, ini menandakan Toyota kembali serius untuk menguasai setiap cabaran yang dilontarkan untuk tahun ini, juga untuk tahun-tahun akan datang. 

Jadi, apa kata rakan senegaranya Mitsubishi, Nissan, dan Subaru?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…