Toyota ganti Highlander dengan sejuta jarak perbatuan milik lelaki Florida yang musnah akibat banjir

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun 2022, salah satu negeri di US iaitu Florida telah dilanda Hurricane Ian yang merupakan taufan paling teruk pernah melanda negeri itu semenjak tahun 1935.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesan dari taufan tersebut telah menyebabkan kemusnahan termahal pernah dicatatkan, dan sebuah Toyota Highlander Hybrid milik lelaki dari Florida bernama Mark Miller merupakan salah satu darinya.

Pada tahun 2006, Miller telah membeli sebuah kereta baharu pertamanya iaitu Toyota Highlander Hibrid.

 

2

 

Selama 16 tahun, Miller telah menjaga dan menggunakan Highlander itu dengan baik sehingga jarak perbatuan pada Highlander tersebut mampu mencecah satu juta jarak perbatuan.

Sepanjang tempoh itu, Highlander milik Miller itu telah berjasa dalam perniagaannya dengan menunda treler dan membawa pelbagai peralatan kerjanya.

Malang sekali, perjalanan Miller bersama Toyota Highlander Hibrid miliknya terhenti apabila kereta tersebut dimusnahkan oleh banjir akibat taufan tersebut.

 

3

 

Miller membuat keputusan untuk menjadikan Highlander itu sebagai peringatan terhadap memori yang pernah dihasilkan bersama walaupun dia telah mencuba untuk membaiki semula SUV itu.

Disebabkan Miller tidak mahu Highlander tersebut berakhir di kedai besi buruk, dia bertindak menghubungi khidmat pelanggan Toyota bagi bertanyakan jika syarikat itu berminat untuk membeli SUV itu sebagai kajian.

Pekerja Toyota, Daniel Nichols yang dihubungi oleh Millers itu segera tertarik dengan idea untuk mengkaji Toyota Highlander dengan sejuta jarak perbatuan tersebut.

 

4

 

Kisah mengenai Miller dan Highlander miliknya telah tersebar sehingga pihak Toyota membuat keputusan untuk memberikan kejutan yang tidak disangka oleh lelaki itu.

Pada 1 Januari 2023, Miller telah dijemput ke pengedar Germain Toyota di Naples tanpa mengetahui apa yang akan menantinya di sana.

Setibanya Miller di situ, dia dikejutkan dengan sebuah Toyota Highlander Hybrid 2023 serba baharu yang lengkap dengan riben merah gergasi.

 

5

 

Pemilik pengedar itu, Richard Germain telah menyerahkan kunci Highlander tersebut kepada Miller dan berterima kasih kepadanya kerana menjadi pelanggan paling setia yang pernah mereka miliki.

Jika dilihat pada gambar, jelas terpancar kegembiraan Miller, dia turut berniat untuk menggunakan Highlander baharu itu sepertimana Highlander lamanya digunakan bagi membantu perniagaannya.