Toyota ganding bahu dengan Aurora, Denso bangunkan fleet teksi tanpa pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif gergasi Jepun Toyota baru-baru ini berganding bahu dengan syarikat pemula kenderaan autonomi Aurora dan pengeluar komponen automotif Denso untuk membangunkan fleet robotaxi, atau teksi tanpa pemandu.

Projek tersebut akan menggunakan model minivan Toyota Sienna sebagai teksi sementara Aurora pula akan bertanggungjawab menyediakan perisian dan perkakasan yang diperlukan untuk tujuan pemanduan autonomi.

Dalam satu kenyataan, ketiga-tiga syarikat tersebut mengesahkan akan membangunkan dan mula menguji barisan terawal teksi tanpa pemandu Sienna menjelang akhir tahun ini.

Setelah fasa ujian tamat, Toyota, Denso dan Aurora akan memulakan produksi massa kenderaan untuk operasi seru-pandu skala penuh, menurut laporan The Verge.

Toyota sebelum ini telah membangunkan perisian pemanduan autonomi yang digelar sebagai 'Chauffeur' yang memfokuskan kepada pemanduan autonomi penuh tanpa memerlukan bantuan manusia, dan perisian 'Guardian' yang merupakan sistem bantuan pemandu seakan Autopilot Tesla.

Namun, kedua-dua produk tersebut masih lagi belum ditawarkan pada mana-mana kenderaan Toyota pada ketika ini.

Sumber: The Verge

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Magazine X yang dipetik oleh Car Sensor, Toyota hanya merancang menghasilkan…
Berita Global
Dakar jadi makmal ujian teknologi hidrogen Menurut Toyota, penyertaan dalam Dakar Rally bukan…
Berita Global
Sejak mengambil alih jawatan CEO pada 1 April lalu, Kon telah melawat pelbagai kilang, pusat…