Toyota FT-4X pengganti FJ Cruiser

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Siapa ingat Toyota FJ Cruiser? Ini dia versi baharu yang dipanggil FT-4X. Ia belum lagi boleh dijual kerana buat masa sekarang ia masih dalam peringkat konsep. Toyota-FT-4X-Concept-43 Toyota-FT-4X-Concept-9 Dipersembahkan di pertunjukkan automobil di New York, ia ialah hasil rekaan studio rekaan Calty Design Research kepunyaan Toyota di California. Idea di belakang rupa baharu ini ialah untuk memberikan kesan tarikan ala “rugged” pada sesiapa yang melihatnya, terutama sekali pada generasi “Millenial”. Toyota-FT-4X-Concept-10   Toyota-FT-4X-Concept-14 Berdasarkan rangka chassis segmen C dari New Global Architecture buatan Toyota, FT-4X ini sebenarnya bersaiz lebih kecil dari FJ Cruiser, dengan ukuran 16 inci dari depan ke belakang. Tetapi kedudukan roda diletakkan di hujung empat penjuru kereta, memberikan rupa sporty dan rugged. Ia juga berdiri hanya 8 inci tinggi dari permukaan. Toyota-FT-4X-Concept-46 Toyota-FT-4X-Concept-32 Toyota-FT-4X-Concept-22 Toyota-FT-4X-Concept-24 Tapak keseluruhan mirip model C-HR yang berkongsi beberapa bahagian-bahagian dengan FT-4X ini. Terdapat juga banyak butiran yang menarik di serata bahagian kereta ini jika dilihat dengan teliti. Arca roda yang besar dan tinggi serta warna kesan beza juga menolong memberikan rupa rugged dan amat menarik ini. Toyota-FT-4X-Concept-40 Toyota-FT-4X-Concept-27 Pintu belakangnya unik: ia boleh dibuka keatas atau ketepi, bergantung pada kegunaan samada pada “urban mode” atau “outdoor mode”. Ruang dalamnya pula terbahagi pada dua zon, iaitu zon basah dan zon bersih. Zon basah terdapat pada kerusi belakang dan zon bersih pada kerusi depan. Terdapat juga zon cargo untuk membawa barang-barang kerana bahagian ini mempunyai lantai yang rata dan rak gelangsar yang memudahkan pemunggahan. Toyota-FT-4X-Concept-12 Walaupun hanya sebuah kereta konsep, Toyota memang ada perancangan untuk mengeluarkan model ini untuk dijual pada masa depan. Toyota-FT-4X-Concept-5 Sama-sama kita nantikan.