Toyota Fortuner terbabas jatuh gaung, bakal pengantin maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi - Aring dekat Bukit Kawah, di Hulu Terengganu pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Hassan Shazali, 52, yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan Suzaimah Che Azis, 34, pekerja kantin sekolah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pasangan terbabit menaiki SUV jenis Toyota Fortuner dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju ke rumah mereka di Gua Musang, Kelantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa melalui laluan yang sebenarnya telah ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh sebelum ini.

tanah runtuh

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter.

“Kedua-dua mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember depan.

Menurut Sharudin, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

“Keadaan jalan di lokasi merupakan jalan persekutuan yang tidak rata, ditutup sepenuhnya kepada kenderaan serta berada dalam kawasan tanah runtuh ketika kejadian.

tanah runtuh 2

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987…
Berita Domestik
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata,…
Berita Domestik
Susulan itu sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sholihin…