Toyota Flagship Stores: Beli Toyota di Lazada dan Shopee

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor (UMWT) kini membuka kedai dengan norma baru dengan memperkenalkan kedai dalam talian di Lazada dan Shopee.

Pembeli ditawarkan tawaran khas istimewa bagi model-model terpilih Toyota yang disediakan.

Dengan platform dalam talian berkenaan, Toyota Malaysia Flagship Stores akan dibuka 24 jam, tujuh hari seminggu dan pelanggan boleh berkunjung pada bila-bila masa sahaja.


"Memandangkan beli-belah dalam talian telah menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan masa kini, UMW Toyota Motor tidak mahu ketinggalan dalam mengikut jejak yang sama melalui platform e-dagang popular seperti Lazada dan Shopee Malaysia melalui pengenalan Toyota Flagship Stores.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kami ingin menjadikan pengalaman pembelian kenderaan Toyota lebih mudah, terutama jika pelanggan inginkan tawaran serta penjimatan istimewa. Ini juga menjadi tambahan terbaru kepada Toyota Online Showroom yang diperkenalkan sebelum ini, yang turut mendapat sambutan menggalakkan," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

 

Yuran tempahan yang dikenakan di dua kedai dalam platform berkenaan ialah serendah RM250 dan bayaran boleh dibuat dengan cara yang sama sebagaimana pembelian barangan lain secara dalam talian, misalnya menggunakan kad kredit atau pindahan wang secara elektronik dari akaun bank.

 

Yuran tempahan berkenaan adalah langkah pertama bagi proses pembelian dan akan diikuti oleh layanan daripada penasihat jualan di cawangan sah Toyota berdekatan dengan pelanggan. 


Sokongan perbualan juga ada disediakan dalam talian (Isnin-Jumaat, 9.30 pagi-5.30 petang) bagi pelanggan yang mungkin ada sebarang pertanyaan.

 

Promosi juga akan diadakan di kedai dalam talian berkenaan dari semasa ke semasa dengan tawaran penjimatan eksklusif. 

 


Sebagai contoh, sedang berlangsung ketika ini ialah promosi istimewa bagi Toyota Fortuner (stok terhad) dengan penjimatan bernilai sehingga RM22,760 dan ia datang dengan khidmat servis berjadual percuma selama lima-tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

 


Tawaran istimewa (Untuk model 2019 terpilih sahaja) lain turut disediakan, misalnya bagi Toyota Innova, Toyota Harrier dan Toyota Hilux (stok terhad). Semua tawaran ini hanya sah bagi tempahan secara dalam talian sahaja melalui Toyota Flagship Stores di Lazada dan Shopee.

 

"Jualan kenderaan secara dalam talian semakin mendapat perhatian umum di negara lain. Keadaan pandemik ketika ini pula telah merancakkan lagi pertumbuhannya disebabkan pelanggan mungkin masih ragu-ragu untuk berkunjung ke bilik pameran atas sebab keselamatan dan kesihatan. Untuk itu, kami tawarkan saluran dalam talian untuk memudahkan pelanggan membeli kenderaan melalui dua platform e-dagang paling popular di Malaysia ini," tambah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…