Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Che Mohamad Azwan Che Rahim, berkata sepasang suami isteri bersama tiga anak dalam perjalanan untuk melawat keluarga mereka di Dabong.
Katanya, sejurus tiba di lokasi, kenderaan dipandu lelaki berusia 53 tahun terbabas melanggar tebing di bahu jalan sebelum terbakar.
"Semua mereka sempat keluar dari kenderaan dan salah seorang daripada penumpang menghubungi bomba pada jam 6.27 petang.
Beliau berkata, MPV berkenaan terbakar 100 peratus dan semua mangsa selamat.
Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Dabong untuk pemeriksaan lanjut.