Toyota Eco Youth melabuhkan tirai, tampilkan pelbagai inovasi mampan oleh belia negara

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada 8 Februari yang lepas bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, satu majlis penutup dan pameran Toyota Eco Youth (TEY) edisi 2022/2023 telah diadakan bagi menandakan penamatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis tersebut turut disertai bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan wakil UMW Toyota Motor yang merasmikan majlis penutupan TEY edisi 2022/2023.

 

2

 

Bertemakan ‘Championing Mobility’, program TEY disasarkan kepada penyertaan pelajar-pelajar sekolah peringkat menengah dari seluruh Malaysia.

Ianya sebagai usaha berterusan UMW Toyota Motor untuk memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap manusia dan planet ini dengan menggalakkan belia mengambil tindakan iklim melalui pembangunan inovasi yang mampan.

 

4

 

Sebanyak 16 pasukan dari sekolah di seluruh negara menyertai program itu untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM71,500.

Penyelesaian inovatif yang dihasilkan setiap pasukan juga dipamerkan untuk tatapan para hakim pertandingan. Berikut merupakan Lima pasukan terbaik untuk TEY 2022/2023:

1) Maktab Tentera Diraja (Mtd) - HEXA-HOLD

Sistem heksabrick diperbuat daripada HDPE kitar semula, plastik LDPE yang bertujuan untuk
mengurangkan/mencegah hakisan tanah dan pergerakan tanah.

2) Kolej Islam Sultan Alam Shah (Team Synergy) - Expand-a-bag

Beg boleh kembang yang dibuat dengan plastik dan fabrik terpakai untuk mencipta lebih banyak lagi
komuniti mampan.

3) SMK Kemumin, Kota Bharu - Terra Savior

Tali pinggang yang diperbuat daripada pakaian terpakai untuk mengurangkan pembaziran pakaian dalam komuniti kita

4) SMK Taman Bunga Raya 1 - TWEPS

Sistem yang berfungsi sebagai pencegahan awal kebakaran hutan dengan mengesan peningkatan
suhu dan gas karbon dioksida, diikuti dengan amaran dihantar kepada jabatan hutan
dan bomba.

5) SBP Integrasi Rawang - In-FleCT

Insinerator automatik yang tidak akan mengeluarkan asap dan zarah udara berbahaya, dan
menukar hasil pembakaran kepada baja.

 

3

 

Pasukan pemenang menerima wang tunai RM20,000, diikuti RM15,000 untuk tempat kedua, RM10,000 untuk tempat ketiga, RM7,000 untuk tempat keempat dan RM5,000 untuk tempat kelima.

Guru Dengan Paling Banyak Sokongan diberi ganjaran RM2,000, manakala RM2,000 turut ditawarkan untuk Best Community Engagement.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…