TOYOTA DOMINASI PODIUM PERLUMBAAN S1K 2023

oleh Hamimah Hamid|
TIGA jentera Toyota berjaya menamatkan dalam kelompok lima teratas pada perlumbaan Sepang 1000KM Endurance S (S1K) baru-baru ini.

Perlumbaan sengit yang beraksi selama sembilan jam di Litar Antarabangsa Sepang itu menyaksikan Toyota Gazoo Racing Malaysia berjaya meraih tempat ketiga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Jentera Toyota yg berjaya ke podium

Kemenangan keseluruhan buat jenama Toyota berjaya dicipta oleh bekas pemandu rookie Gazoo Racing, Amer Harris dan Nabil Azlan yang memandu jentera Toyota Yaris di acara itu.

 

Amer Harris dan Nabil Azlan yang mewakili pasukan peniaga UMW Toyota Motor, Wing Hin Motorsport berjaya menamatkan perlumbaan ke garisan tamat dengan 169 pusingan, berkelebihan 5 pusingan dari pesaing rapat.

 

Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia pula menamatkan perlumbaan di kedudukan tempat ketiga dengan dibarisi pelumba hebat iaitu, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleed dan Naquib Azlan.

 

Mereka memandu jentera Toyota Vios dalam perlumbaan ini sekaligus menyaksikan kejayaan Toyota di dalam acara ini.

 

Kejayaan Toyota untuk berada di kedudukan podium tahun ini merupakan kejayaan buat kali ketiga berturut-turut sejak tahun penyertaannya pada 2021.

 

Untuk saingan ini sebanyak 13 Toyota dipertandingkan yang terdiri daripada 11 Vios dan 2 Yaris dan kesemuanya berjaya menamatkan perlumbaan.

 

77 buah kereta yang bermula dari grid dan hanya 58 buah kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

 

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran, menyifatkan kejayaan dalam acara S1K ini membuktikan prestasi dan pencapaian jenama Toyota dalam sukan permotoran.

 

“Kedua-dua Yaris dan Vios telah berjaya mengharungi ujian dan tribulasi selama tiga tahun di trek. 

 

"Ini membuktikan keupayaan sebenar model dan komitmen Toyota untuk membina kereta yang lebih baik”katanya.

 

Untuk tahun 2024, Vios generasi keempat akan memulakan debut di Siri ketujuh GR Vios Challenge 2024 dan bakal menyaksikan model itu di acara-acara perlumbaan lain.

 

Sementara itu, Piala GAZOO Racing Vios Enduro menyaksikan, Trio Axle Sports iaitu Tse, Kah Hing, Mikko Nassi dan Wu Hin Lun memenangi perlumbaan tersebut diikuti kedudukan tempat kedua, pasukan Race Rally KL iaitu Shafiq Samsudin, Ahmad Nadzrie dan Kelvin Yap, manakala di tempat ketiga ialah pasukan 23 Motors iaitu Abdul Miqail dan Amir Mirza.

 

Sebanyak 10 kereta bersaing di perlumbaan ini dan kesemuanya berjaya menyelesaikan cabaran 9 jam dan 1000KM itu.

 

Penulis: Firdaus Razani