Toyota di tangga tercorot dunia kerana tidak serius kurangkan emisi karbon

oleh Mohamad Hanif|
Selalu sangat kita dengar jenama Toyota mengungguli tangga teratas di dalam berita-berita berkaitan automotif, dan ia tidak menghairankan memandangkan Toyota kini merupakan pengeluar terbesar di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan kedudukan ranking yang dikeluarkan oleh Greenpeace, Toyota kini merupakan pengeluar automotif di tangga terbawah ("F minus minus") dari segi usaha untuk mengurangkan emisi karbon, selepas Stellantis.

Antara faktor yang dinilai termasuklah usaha untuk meminimumkan emisi karbon di dalam rantaian bekalan, membangunkan teknologi yang lebih hijau untuk bateri kenderaan, serta menghentikan penawaran enjin pembakaran dalaman bagi memberikan laluan kepada EV.

General Motors dilaporkan mendapat penarafan C-, diikuti Volkswagen (D), Renault (D-), serta Ford, Honda dan Hyundai-Kia (gred F+ atau F-)

Menurut Ada Kong, pengurus kanan projek kempen industri automotif di Greenpeace East Asia menjelaskan, "Toyota merupakan pengeluar yang masih lagi berdegil untuk mengekalkan penggunaan enjin pembakaran dalaman.

Malah, gergasi automotif itu juga merupakan antara yang lantang 'menentang' adaptasi kenderaan elektrik yang dijalankan oleh sesetengah pihak tanpa perancangan yang betul.

Namun, Toyota baru-baru ini mengumumkan pelaburan bernilai 1.5 trillion yen untuk membangunkan bateri kenderaan elektrik dan hibrid menjelang tahun 2030.

Menurut laporan itu lagi, "sesetengah syarikat Jepun seperti Toyota yakin teknologi hibrid merupakan alternatif yang paling berkesan bagi enjin pembakaran dalaman.

"Namun, di dalam dunia nyata, pengurangan emisi serta kadar penggunaan bahan api kenderaan hibrid tidaklah sebaik yang disangka, di mana kenderaan PHEV hanya mampu mengurangkan emisi sebanyak satu pertiga jika dibandingkan dengan kereta petrol atau diesel.

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…