Toyota dedah teaser terbaharu crossover EV, bakal muncul di Shanghai Motor Show

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum acara Shanghai Motor Show berlangsung, Toyota nampaknya bakal menggunakan acara tersebut sebagai platform pengenalan rasmi crossover elektrik terbaharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang diberitakan sebelum ini, crossover terbaharu itu merupakan model pertama yang dibangunkan atas platform e-TNGA yang sangat versatil dan mampu digunakan untuk pelbagai saiz kenderaan, selain menyokong konfigurasi pacuan roda belakang, depan atau pacuan semua roda.

Platform yang dibangunkan bersama rakan teknikal Subaru itu juga dikatakan bukan sahaja mampu menghasilkan kenderaan elektrik tipikal, akan tetapi ia menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan dan penampilan yang lebih cantik.

Sebelum ini, Toyota mengesahkan bahawa model crossover elektrik ini dikatakan mempunyai saiz dimensi yang hampir sama dengan Toyota RAV4.

Berdasarkan gambar yang dibekalkan, terdapat sedikit persamaan dengan gambar acah yang diterbitkan baru-baru ini, dan ia merupakan model pertama daripada enam model EV yang akan dilancarkan oleh Toyota kelak.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah, genre SUV ini menguasai 51 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu sepanjang…
Berita Global
Ford Puma crossover yang muncul pada tahun 2019 itu kini bertindak sebagai alternatif SUV kepada…
Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…