Toyota dedah sedan elektrik baharu, bakal jadi pesaing Tesla Model S di China

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah Careta laporkan sebelum ini, Toyota sudah pun melancarkan model sedan elektrik bZ3 yang dihasilkan khusus untuk pasaran China.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kini, pengeluar terbesar di dunia itu sedia untuk melawan penguasaan Tesla dengan memperlihatkan sebuah model konsep sedan elektrik yang diiringi dengan sebuah lagi SUV, di mana kedua-dua model ini akan dihasilkan oleh GAC Toyota.
 

totyora


Berdasarkan terjemahan, sedan itu membawakan nama "Comfortable Space" sementara SUV pula dinamakan sebagai "Enjoyable Space".

Dari segi luaran, kedua-dua model membawakan inspirasi daripada rekaan konsep bZ Sport Crossover dan bZ FlexSpace, dengan pendekatan rekaan yang sama digunakan pada model-model Toyota yang moden, seperti contoh rekaan muka hadapan mirip kepala ikan yu tukul serta lampu LED yang tajam.
 

sedan


Sedan tersebut mempunyai dimensi sepanjang lima meter dengan jarak antara roda tiga meter, menjadikannya pesaing rapat kepada sedan EV dalam pasaran seperti Nio ET7, Geely Galaxy E8, Luxeed S7 dan Tesla Model S.

Sementara SUV elektrik itu pula membawakan ukuran panjang 4.8 meter dan jarak antara roda 2.9 meter, sedikit besar berbanding Tesla Model Y.

Model ini dijangka akan memasuki fasa produksi di China pada tahun hadapan, dengan harga jualan bermula dari 250,000 yuan (RM165,150), dan boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal atau motor berkembar.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…