Toyota dedah jentera Yaris Rally1 untuk musim WRC 2022

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Salzburg, Austria, Toyota telah memperlihatkan secara rasmi jentera rali yang bakal bertempur di dalam musim WRC 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti jentera musim lalu, kali ini Toyota menggunakan asas daripada model GR Yaris yang dilayangkan dengan liveri merah, hitam dan putih.
 

GR Yaris


Namun pada hakikatnya, jentera Rally1 dibina menggunakan casis keluli spaceframe tanpa menggunakan asas daripada kereta produksi, sebelum dipadankan dengan panel badan dengan dimensi dan panel yang menyerupai kereta produksi sebenar.

Jika dibandingkan dengan jentera terdahulu, jentera rali pada kali ini memiliki berat tambahan 70 kg, fungsi aerodinamik dikurangkan sebanyak 15 peratus, serta jarak pergerakan suspensi yang dihadkan.
 

Yaris


Mengikut regulasi, GR Yaris menampilkan unit hibrid berkuasa 100 kW yang dihubungkan dengan enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa keseluruhan 500 hp.

Unit hibrid pula diposisikan di bahagian belakang jentera, serta dibantu dengan sistem penyejukan yang dipasang pada bahagian bampar belakang.

Toyota menghantar empat penyertaan untuk WRC kali ini, di mana anda boleh melihat GR Yaris Rally1 ini beraksi di acara pembukaan di Monte Carlo pada 20-23 Januari ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Contoh yang ketara, Sony PlayStation5 di mana Sony kini menghadapi masalah untuk memenuhi…
Berita Global
Ini kerana Yaris GR Sport masih lagi mengekalkan bentuk badan hatchback empat pintu yang sama…
Berita Domestik
Senarai aksesori yang ditawarkan adalah seperti berikut: Sementara itu, khusus untuk GR Yaris…