Toyota dedah gambar acah Avanza facelift - bakal lancar tidak lama lagi?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman rasmi Facebook UMW Toyota Malaysia pagi tadi telah mendedahkan sebuah imej acah yang mana kami kira sudah ramai yang meneka dengan tepat. 

Ya, MPV paling terkenal dari Toyota kini sudah sampai masanya untuk menerima model facelift di mana kita sudah pun melihatnya menerusi pelancaran di negara jiran, Indonesia.

 

 

Seperti mana yang kita semua telah lihat, Toyota Avanza 2019 facelift menampilkan rupa bentuk muka hadapan yang serba baharu diinspirasikan daripada abang-abang besarnya Voxy, Alphard dan Vellfire. 

Rekaan lampu berlapis menghiasi ruang hadapan, diikuti oleh bukaan ruang pengambilan udara yang besar di bahagian tengah. 

 

 

Ciri keselamatan yang dibawakan oleh Toyota Vios dan Yaris baharu turut diterapkan pada Avanza facelift seperti Sistem Pemantauan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang, manakala ciri ABS, EBD, dan ISOFIX adalah standard untuk semua varian.

Toyota Avanza bakal ditawarkan dalam tiga varian, dan harga pula dijangka bermula dari RM81,000.

 

 

Ruang dalaman kabin pula tidak menampakkan sebarang perubahan yang ketara, melainkan sistem multimedia skrin sesentuh baharu dan rekaan dial berwarna biru pada paparan meter kluster. 

Untuk pasaran Malaysia, enjin 2NR-VE 1.5 liter dijangka masih dikekalkan penawarannya yang mampu menjana 104 PS dan digandingkan dengan transmisi automatik empat nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…
Pelancaran
Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New…