Toyota daftar tanda dagangan 'GR Hilux' - pesaing Ranger Raptor?

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu perkembangan yang kami tidak jangka daripada pemilik jenama GR, Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada CarGuide, Toyota didapati telah pun mendaftarkan hak tanda dagangan 'GR HiLux' untuk pasaran Australia.

Permohonan terhadap hak tanda dagangan tersebut telah pun difailkan pada Julai 2019 sebelum diluluskan penggunaannya baru-baru ini oleh pejabat pendaftar paten. 
 


Ini bermakna, Toyota Hilux bakal menjadi trak pikap pertama yang menyertai keluarga pantas GR secara rasmi selepas pengenalan model HiLux GR Sport yang khusus untuk pasaran Brazil sahaja pada tahun 2018. 

Difahamkan, Toyota GR Hilux akan dipasarkan bagi melawan penguasaan Ford Ranger Raptor di beberapa pasaran seperti Australia dan negara-negara yang menerima kemasukan Ford Ranger Raptor. 

Namun, dalam satu kenyataan yang berbeza, Toyota mengesahkan model GR Hilux tidak akan hadir dalam masa terdekat.
 


"Ia merupakan satu amalan standard untuk mendaftarkan dan melindungi nama-nama model yang bakal kami gunakan pada masa akan datang. 

"Setakat ini memang tiada sebarang perancangan dalam masa terdekat, namun ia merupakan satu segmen yang kami tidak dapat ketepikan memandang terdapat peningkatan permintaan terhadap trak pikap berkuasa tinggi.

 

 

Toyota Hilux GR Sport terdapat di beberapa pasaran dan hadir dengan nadi V6 4.0 liter yang menghamburkan 235 kuasa kuda dan 375 nm daya kilas. 

Jika benar Toyota mahu menghasilkan GR Hilux, berapakah kuasa kuda yang anda inginkan dari trak pikap pesaing Ranger Raptor itu? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…