Toyota daftar tanda dagangan 'GR Corolla'

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik jenama Gazoo Racing, Toyota telah mendaftarkan tanda dagangan bagi nama GR Corolla, sebuah lagi hot hatch yang bakal menunjukkan taringnya pada tahun 2023.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sama seperti adiknya GR Yaris, Toyota GR Corolla akan didatangkan dengan enjin G16E-GTS tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo, salah satu daripada enjin tiga silinder paling berkuasa di dunia.

 


Dalam GR Yaris, enjin ini mampu menjana 268 kuasa kuda namun terdapat desas desus yang mendakwa GR Corolla akan didatangkan dengan talaan yang lebih rendah, sekitar 250 kuasa kuda dan digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Ditambah pula dengan asas Corolla yang dibangunkan daripada platform TNGA serta sistem suspensi multi-link, ia memberikan lebih kebebasan kepada para jurutera Gazoo untuk menala hot hatch ini supaya hot hatch ini lebih seronok dipandu.

 


Toyota GR Corolla bakal memberikan saingan kepada model-model hot hatch yang lain seperti Ford Focus ST dan Hyundai i30N.

Selain daripada GR Corolla, beberapa laporan terdahulu menyebut Toyota telah pun mendaftarkan tanda dagangan bagi model GR Hilux dan crossover pantas GR C-HR.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…
Berita Global
Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model…