Toyota daftar tanda dagang "Lexus LFR" di Eropah - supercar baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua minggu lalu, laman web CarBuzz melaporkan Toyota ada membuat pendaftaran tanda dagang baharu bagi nama "LFR" dan "Lexus LFR" di Eropah.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Melihatkan kepada persamaan nama yang digunakan pada model Lexus LFA sebelum ini, besar kemungkinan LFR merujuk kepada model supercar baharu yang bakal dilancarkan kelak.
 

Lexus LFR


Toyota (menerusi Lexus) sebelum ini memperlihatkan sebuah model konsep yang dikatakan mampu menjadi model pengganti kepada supercar V10 Lexus LFA yang sudah lama ditamatkan produksi.

Lexus Electrified Sport Concept itu muncul buat kali pertama pada Disember 2021 sebelum ia membuat debut umum di Goodwood Festival of Speed 2022.
 

LFR


Menurut perancangan, Lexus mahu memproduksikan model tersebut, di mana secara asasnya ia merupakan sebuah supercar berkuasa elektrik dengan jarak gerak sehingga 700 km dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa sekitar dua saat sahaja.

Terdapat ura-ura supercar elektrik ini akan hadir dengan sistem transmisi manual yang disimulasikan, membolehkan pemandu membuat penukaran 'gear' untuk menghamburkan lebih banyak kuasa daripada motor elektrik.

Baca: Lexus Electrified Sports Concept - pewaris sah Lexus LFA

Baca: Pengganti Lexus LFA bakal hadir dengan transmisi manual

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari Sedan Mewah ke Minivan Enam Roda Model Lexus LS yang pernah jadi simbol kemewahan sejak 1989…
Berita Global
Konsep Elektrik Dengan Rekaan Serba Tajam Konsep ini pertama kali muncul melalui kempen teaser “…
Berita Global
  Daripada 100 unit bagi setiap model Pinnacle, 50 unit akan diperuntukkan melalui cabutan undian…