Toyota daftar paten transmisi manual untuk EV!

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam arena kenderaan elektrik (EV), Toyota mungkin antara yang paling lambat masuk, apatah lagi model EV pertama mereka bZ4X hanya akan mula dipasarkan pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dari segi perolehan teknologi, usah pandang rendah terhadap jenama automotif gergasi itu, apatah lagi Toyota merupakan pengeluar yang memegang rekod pendaftaran paten paling banyak untuk tempoh lapan tahun berturut-turut!

Baca: Toyota pegang rekod pendaftaran paten terbanyak lapan tahun berturut-turut

Menurut penemuan dari pejabat pendaftaran paten Amerika Syarikat (USPTO), Toyota dilaporkan telah mendaftarkan paten berhubung penggunaan transmisi manual (dengan operasi klac) yang khusus untuk kenderaan elektrik.

Menariknya, dalam dokumen pendaftaran itu, Toyota menyebut kawalan bagi operasi kenderaan elektrik ditentukan dengan cara mengawal daya kilas yang terhasil daripada motor elektrik menggunakan model kenderaan bertansmisi manual berdasarkan jumlah operasi pedal pemecut, pedal klac palsu (pseudo-clutch), serta kedudukan tombol gear palsu (pseudo-shifter).

Penggunaan frasa 'pseudo' itu memberikan petanda bahawa transmisi manual ini sebenarnya tidak diperlukan langsung di dalam kenderaan elektrik.
 

EV


Akan tetapi, ia sengaja ditambah bagi mengekalkan keseronokan pemanduan walaupun trenkuasa telah berubah kepada elektrik sepenuhnya.

Menurut Toyota lagi, keseronokan pemanduan boleh dikuatkan lagi dengan menambah penjana tindak balas anjakan gear sebagai respons kepada penggunaan transmisi manual itu tadi - sama seperti apa yang kita rasa ketika menggunakan kereta manual konvensional!

EV masa kini mempunyai binaan trenkuasa yang jauh lebih ringkas, di mana motor elektrik boleh menyalurkan daya kilas maksimum bermula dari sifar rpm dan hanya satu nisbah gear yang optimum sahaja diperlukan untuk tujuan pecutan dan kelajuan maksimum.

Porsche melengkapkan model EV Taycan dengan dua nisbah gear untuk meningkatkan pecutan ketika putaran rendah, serta meningkatkan tahap kecekapan motor elektrik pada kelajuan yang tinggi, terutama ketika pemanduan di lebuh raya.

Sumber: US Patent and Trademark Office

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…