Toyota daftar paten nama 'Corolla Cross' - crossover segmen C bakal hadir memberi saingan sengit

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan segmen crossover SUV kian berkembang dan menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat, Toyota sedar jika bergantung harap kepada C-HR sahaja tidak cukup untuk kekal relevan di dalam segmen tersebut.

Jadi, menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Auto Guide, Toyota telah memfailkan pendaftaran hak pemilikan nama bagi Corolla Cross pada minggu ini di European Intellectual Property Organization - dan ini memberikan isyarat kemungkinan besar sebuah crossover berasaskan Corolla bakal hadir di bawah lencana Toyota. 

 


Permintaan pasaran di seluruh dunia, khususnya di Amerika Utara menyaksikan peningkatan trend pemilikan terhadap segmen hatchback kecil yang berkeupayaan off-road bagi mereka yang tidak mahukan kenderaan yang lebih besar seperti trak pikap, SUV dan segmen crossover yang lebih besar, mahupun sedan biasa. 

Sekiranya berita Corolla Cross ini menjadi kenyataan, ia bakal bersaing bersama-sama hatchback off-road crossover yang lain seperti Ford Focus Active, Subaru Crosstek (XV), VW Golf Alltrak dan Chevrolet Spark Activ.

Walaupun butiran mengenai kereta yang bakal memakai nama Corolla Cross ini belum timbul di halaman internet, dalam masa beberapa bulan akan datang kita mungkin dapat melihat sebuah Corolla dengan sistem gantungan yang telah ditinggikan, tayar off-road ringan dan penampilan panel plastik pada bahagian arca roda - rekaan tipikal sebuah crossover. 
 


Kemungkinan besar juga Toyota akan menawarkan enjin 2.0 liter aspirasi natural bersama-sama penawaran enjin turbo 1.8 liter yang digandingkan bersama transmisi CVT dan manual enam kelajuan, suatu pakej yang sukar untuk ditolak bagi para peminat kelajuan. 

Bersama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana Toyota mahu menjadikan Corolla Cross ini sebuah produk crossover yang berbeza penawarannya berbanding pesaing di dalam segmen ini. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penawaran Toyota Prius dengan reka bentuk tipikal sebuah kereta hibrid (sedan…
Gaya Hidup
Siapa yang tidak kenal watak Fujiwara Takumi, seorang yang blur dan tidak begitu meminati kereta…
Berita Global
Dalam masa yang sama, Toyota telah menerbitkan satu potongan gambar yang diambil daripada front…