Toyota daftar paten kereta terbang!

oleh Mohamad Hanif|
Idea kereta dengan fungsi kapal terbang sebenarnya telah lama wujud di dalam pasaran, namun dengan rekaan hibrid yang menyerupai sebuah kapal terbang yang tidak cukup sifat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan sayap yang sedia ada juga tidak begitu praktikal memandangkan ia akan memakan begitu banyak ruang ketika dilipat untuk kegunaan jalan darat, di samping menawarkan ruang kargo dan kabin yang begitu sempit. 
 


Untuk mengelakkan masalah rekaan yang begitu tipikal tersebut, Toyota melihat idea daripada sebuah drone begitu menarik untuk diaplikasikan kepada sebuah kereta terbang, berdasarkan laporan Auto Guide yang mendedahkan laporan pendaftaran tanda dagangan oleh Toyota Engineering and Manufacturing North America (TEMA). 

Berdasarkan laporan tersebut, kereta terbang tersebut bakal mempunyai rotor yang disembunyikan di dalam roda dengan mekanisme keempat-empat roda yang boleh dinaikkan ke atas, menjadikan kereta terbang ini seakan sebuah dron kamera. 


Apabila digunakan di atas jalan raya, mekanisme ini akan bertukar kembali menjadi sebuah kereta biasa yang boleh digunakan seharian, menjadikan kereta terbang Toyota ini benar-benar sebuah kereta terbang, dan bukan rekaan hibrid kereta dan kapal terbang seperti mana rekaan daripada para pengeluar yang lain. 

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan apakah jenis sistem pacuan kuasa yang bakal digunakan oleh Toyota untuk menggerakkan dan menerbangkan kereta ini dengan pantas dan berkesan. 

Menurut syarikat gergasi itu, mereka berkemungkinan besar akan menimbangkan beberapa pilihan seperti sel bahan api hidrogen, pek bateri, gas turbine generator dan beberapa pilihan jana kuasa yang dirasakan sesuai. 

Sama-sama kita nantikan bagaimana hasil akhir rekaan kereta terbang daripada Toyota ini. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…