Toyota C+walk T dilancarkan - solusi mobiliti jarak dekat

oleh Mohamad Hanif|
Toyota baru-baru ini melancarkan secara rasmi satu solusi mobiliti yang dinamakan sebagai C+walk T - sebuah skuter jenis berdiri berkuasa elektrik beroda tiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi dimensi, C+walk T berukuran sepanjang 700 mm, lebar 450 mm dan mampu menampung berat penunggang sehingga 100 kg.

Binaan badan resin itu didatangkan dalam kemasan warna dua tona, sementara setiap roda pula dibaluti dengan tayar anti-bocor.
 

skuter


Untuk kegunaan di kawasan yang sesak dengan pejalan kaki, kawasan kampus serta taman perniagaan berskala besar, skuter ini dilengkapi dengan sistem pengesan halangan yang akan memberikan amaran berbentuk visual dan bunyi, serta memperlahan skuter sehingga kelajuan 2 km/j bertujuan untuk mengelakkan pelanggaran dengan pengguna lain atau pejalan kaki.

Motor elektrik berkuasa 0.33 hp yang dipasang pada roda hadapan membolehkan skuter ini bergerak sepantas 10 km/j, sementara bateri lithium-ion yang boleh ditanggalkan itu mampu membenarkan penggunaan selama 2.5 jam atau 14 km untuk sekali cas.
 

skiuter


Pusingan U juga boleh dilakukan dengan mudah, dengan radius putaran sekecil 0.59 meter sahaja.

Ia bukan sekadar boleh digunakan oleh orang biasa, ini kerana Toyota turut menawarkan solusi mobiliti yang boleh digunakan oleh golongan OKU serta pengguna kerusi roda.
 

skuter


Skuter Toyota C+walk T mula dijual di pengedar Toyota dengan harga bermula dari JPY 341,000 (RM12,830), selain boleh didapati menerusi program sewa/pajak.