Toyota Crown Sport 2024 kini boleh dipadankan dengan kit Modellista

oleh Mohamad Hanif|
Baru sahaja beberapa hari Toyota memperlihatkan secara rasmi bentuk badan kedua Crown generasi ke-16, pembeli sudah pun boleh mengira-ngira duit untuk mendapatkan kit badan daripada syarikat penala Toyota, Modellista.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang dibawakan menerusi kit badan Modellista ini bertujuan untuk menjadikan Crown Sport yang lebih sporti, sebagai alternatif kepada versi Gazoo Racing yang masih lagi belum didedahkan.
 

crown


Kit badan tersebut merangkumi splitter hadapan dengan kemasan warna tembaga, skirt sisi, penambahan pada bampar belakang, kemasan krom pada perumah cermin sisi, serta rim 'Wing Dancer' bersaiz 21 inci kemasan dua tona.

Modellista turut menawarkan pelindung pemegang pintu, bolt keselamatan nombor pendaftaran, kaca privasi untuk penumpang belakang, serta kusyen tambahan yang boleh dijadikan sebagai beg tote.
 

crown


Tiada sebarang talaan dibuat terhadap bahagian mekanikal, jadi ini bermakna Crown Sport masih kekal dengan enjin hibrid yang mampu menjana kuasa setinggi 231 hp.

Berikut merupakan kos untuk setiap satu aksesori yang ditawarkan:

• kit badan aerodinamik - 258,000 yen (RM8,176)
• perumah cermin sisi - 17,600 yen (RM558)
• kaca privasi - 27,500 yen (RM871)
• rim 21 inci - 286,000 yen (RM9,063)
• beg berbentuk kusyen - 9,900 yen (RM314)

Baca: Toyota Crown Sport 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
Kebiasaannya, nama 'Sport' selalu dikaitkan dengan bentuk badan hatchback, namun Crown Sport ini…