Toyota Crown bakal dapat pilihan trenkuasa plug-in hybrid

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, Toyota telah pun melancarkan model terbaharu Toyota Crown beberapa bulan yang lalu dengan pilihan trenkuasa hibrid secara standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan laporan terbaharu daripada MotorTrend, Toyota sedang mempertimbangkan penawaran Crown dengan varian plug-in hybrid (PHEV), berdasarkan pengumuman presiden Akio Toyoda dalam satu perjumpaan bersama pengedar pada minggu lalu.

Ia dijangkakan akan membawakan tambahan nama "Prime" sama seperti model Prius plug-in hybrid.
 

Crown


Berdasarkan penawaran semasa, pembeli di sana boleh mendapatkan model dengan trenkuasa hibrid 2.5 liter yang digandingkan dengan dua motor elektrik, transmisi CVT kawalan elektronik serta sistem bateri nickel-metal hydride bipolar serba baharu dengan jumlah kuasa keseluruhan 231 hp (merujuk kepada Crown spesifikasi Jepun).

Versi paling tertinggi Crown Platinum pula didatangkan dengan trenkuasa Hybrid Max serba baharu dengan enjin 2.4 liter turbo, gandar belakang elektrik, dan tetapan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.
 

Crown


Versi Hybrid Max ini mampu menjana kuasa setinggi 340 hp dan pecutan 0-96 km/j dalam masa 5.9 saat sahaja.

Tidak banyak info yang boleh dikorek buat masa ini, namun lebih banyak maklumat bakal muncul dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran Corolla Commercial telah dikemaskini untuk tahun 2023 dengan membawakan perubahan dari…
Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…
Berita Global
Ini kerana disebalik rupa paras Porsche yang amat klasik itu, tersembunyi trenkuasa yang mampu…