Toyota Crown 2021 hadir dengan ciri TSS dipertingkat, bermula dari RM194 ribu di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Sedan saiz pertengahan Toyota Crown sudah pun memasuki generasi yang ke-lima belas beberapa tahun yang lalu, dan pengeluar Jepun itu kini mendatangkan kemaskini untuk model tahun 2021 (2021MY).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala rekaan luaran sedan ini tidak begitu berubah, Toyota lebih menumpukan terhadap rekaan papan pemuka di mana konsol tengah telah pun diberikan kemas kini, serta kedudukan corong pendingin hawa tengah yang telah diposisikan semula.

 

Crown 2020 vs Crown 2021


Ini bermakna, tiada lagi rekaan skrin berkembar yang terdapat pada model yang terdahulu, dan digantikan dengan penggunaan skrin tunggal bersaiz 12.3 inci TFT serta menyokong sambungan kepada peranti pintar.

Butang kawalan sistem pendingin hawa pula terletak di bawah corong pendingin hawa tengah yang memudahkan operasi ketika sedang memandu.

 


Untuk model tahun 2021 ini juga, Toyota turut mengemaskini penawaran ciri keselamatan Toyota Safety Sense dengan kelengkapan yang dipertingkat seperti radar cruise control, ciri pra-pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki (siang dan malam) serta pengesan penunggang basikal waktu siang.

Dari segi penawaran kuasa, Toyota Crown 2021 menawarkan tiga pilihan trenkuasa, iaitu enjin 2.0 liter turbo (241 hp), enjin hibrid 2.5 liter (222 hp) dan enjin V6 hibrid 3.5 liter dengan angka output 354 hp.

 


Untuk pasaran Jepun, Toyota Crown dijual pada harga bermula dari 4,899,000 yen (RM194,437) untuk varian asas sehingga 7,393,000 yen (RM293,422) untuk varian tertinggi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum…
Berita Global
Baca: Toyota Crown Sedan 2024 Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa…