Toyota C+POD - kereta elektrik kecil untuk dua orang, mampu capai 150 km sekali cas!

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sekali pernah melihat kelibat kereta kecil berkuasa elektrik dari Toyota ketika Tokyo Motor Show 2019 yang lalu, dan apa yang dibawakan kali ini merupakan versi produksi kepada model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ucapkan selamat datang kepada Toyota C+POD.

Dengan saiz yang begitu kompak, Toyota berazam untuk menawarkan perkhidmatan mobiliti yang sesuai untuk kegunaan urban dan juga komuniti kecil.

 


Dari segi dimensi, Toyota C+POD membawakan ukuran sepanjang 2,490 mm, 1,290 mm lebar dan 1,550 mm tinggi, bermakna kereta kecil ini sedikit besar berbanding model i-ROAD (EV tiga roda) dan lebih pendek dan kurang lebar berbanding Smart ForTwo EQ.

Berat kereta ini juga sekitar 690 kg sahaja disebabkan penggunaan panel luar yang diperbuat daripada plastik.

 


Seperti yang diterangkan di atas, Toyota C+POD ini mampu memuatkan dua orang sahaja pada satu-satu masa, dan ruang di belakang tempat duduk amat sesuai untuk diletakkan barangan kecil sahaja.

Unit trenkuasa yang digunakan adalah motor elektrik (12.3 hp/56 Nm) dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 9.06 kWh, dan membenarkan jarak operasi sejauh 150 km untuk sekali cas penuh.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang sahaja dan anda hanya mampu mencapai kelajuan tertinggi sekitar 60 km/j sahaja.

Toyota C+POD kini mula dijual di pasaran Jepun dengan harga bermula dari 1,650,000 yen (RM64,733 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…