Toyota Corolla talaan Gazoo Racing bakal hadir ke pasaran?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas menghasilkan Toyota Yaris GRMN dan model Supra yang bakal hadir tidak lama lagi, Toyota dikatakan akan menawarkan Toyota Corolla versi prestasi sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan model berprestasi tinggi dalam barisan jualan Corolla ke dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hot hatch Corolla ini dikatakan akan menerima sentuhan talaan daripada divisyen Gazoo Racing yang sebelum ini telah menghasilkan GR Yaris Sport dan model konsep C-HR Hy-Power pada acara Frankurt Motor Show tahun lalu. 
 


Toyota Corolla sudah tersedia dengan platform TNGA yang menawarkan titik graviti yang rendah dan jarak track yang lebih lebar daripada generasi terdahulu, menjanjikan pengendalian yang lebih jitu sebelum digandingkan dengan enjin yang lebih berkuasa. 

Dengan dinamik yang telah diperbaharui, ia merupakan salah satu faktor kenapa Toyota kini sudah bersedia untuk menawarkan Corolla sebagai salah satu hot hatch yang bakal memberikan saingan sengit dalam kelasnya. 

Setakat ini tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan sistem pacuan kuasa yang bakal dimuatkan ke dalam Corolla versi prestasi tinggi ini. 
 


Memandangkan sebelum ini Toyota Yaris versi GRMN ditawarkan enjin 1.8 liter dengan induksi pendesak lampau berkuasa 209 bhp, tidak mustahil hot hatch Corolla bakal dimuatkan enjin yang serupa atau enjin hibrid dengan talaan yang lebih serius. 

Nampaknya Toyota benar-benar ingin mengembalikan zaman kegemilangan era 80-an dan 90-an dalam menghasilkan kereta yang berkuasa dan seronok untuk dipandu, seiring dengan hasrat bos besar Toyota itu sendiri, iaitu Akio Toyoda. 

Sama-sama kita nantikan apakah tindakan Toyota selanjutnya. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…