Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition, model jalur merah, ada AWD

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023
Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023
Di sebalik populariti SUV sekarang ini, kereta sedan masih mempunyai pembeli yang ramai sebagai contoh Perodua Bezza dan Proton Saga.

Mungkin juga kerana tiada alternatif SUV pada lingkungan harga tersebut? Beralih ke segmen lebih tinggi pun masih ramai pembeli seperti Toyota Vios, Honda City dan Civic.

Satu lagi contoh ialah Toyota Corolla yang merupakan kereta terlaris di dunia pada 2021 dengan jualan sebanyak 1.1 juta unit.   
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Di Amerika Syarikat sahaja sebanyak 248,993 unit Corolla dijual pada 2021 dan menduduki tangga ke-12 kereta terlaris di sana.

Corolla di pasaran sekarang adalah dari generasi ke-12 dan diperkenalkan pada 2018.

Kini tiba masa untuk naik taraf dan Corolla 2023 telah diperkenal di Jepun dan Amerika Syarikat pada Oktober 2022.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, selain model petrol Toyota menawarkan lima varian hibrid berbanding satu sebelum ini.

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Corolla hibrid 2023 tampil lebih berkuasa, pilihan pacuan Electronic On-Demand All Wheel Drive, kelengkapan baharu dan rekaan yang diperkemaskan.

Satu lagi yang menarik, Corolla Hybrid LE menerima penurunan harga sebanyak USD$1,250 (RM5,921).

Corolla Hybrid SE Infrared Edition

Secara keseluruhannya, Corolla hibrid di Amerika Syarikat dibahagikan kepada Hybrid LE, LE AWD, SE, SE AWD dan XLE.

Untuk pelanggan yang mahukan varian lebih istimewa, Toyota menawarkan Corolla Hybrid SE Infrared Edition dalam pacuan FWD dan AWD.

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Corolla SE Hybrid mempunyai spesifikasi berbeza melalui penggunaan suspensi sport seperti Corola SE petrol dan Stereng Berkuasa Elektronik yang lebih tegar.

Sistem Hibrid Toyota (THS) pada model ini menggabungkan enjin 2ZR-FXE 1.8 liter petrol dengan dua motor penjana dan transmisi CVT jenis planet (planetary).

Motor pacuan output tinggi/kehilangan rendah (low loss) untuk transgandar (transaxle)/motor menggunakan magnet rekaan baharu dan plat besi elektromagnetik.

Pakej itu juga ditambah dua lagi magnet yang secara keseluruhannya meningkatkan kuasa kepada 134 hp daripada 121 hp dan daya kilas 211.5 Nm daripada 191 Nm.

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Sistem hibrid yang ditambah baik ini meningkatkan pecutan dan kuasa pada julat sederhana. 

Semula mula memandu, bateri memberikan sedikit lonjakan kuasa bagi mengurangkan bebanan pada enjin dan menghapuskan kesan tali getah (rubber band) pada sesetengah model hibrid.

Satu lagi ciri ialah mod EV dan dalam jarak dekat kereta dipandu menggunakan kuasa elektrik seperti ruang parkir dan sebagainya.

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Hibrid + AWD

Satu ciri asing untuk sedan di pasaran tempatan ialah pacuan AWD dan tidak diperlukan secara kritikal seperti di Amerika Syarikat.

Berbeza dengan pacuan semua roda biasa, Pacuan Semua Roda Berasaskan Permintaan Elektronik pada Corolla hibrid menggunakan motor elektrik yang dipasang di belakang kereta.

Motor ini hanya membekalkan kuasa kepada roda belakang apabila diperlukan.

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Ianya berfungsi dengan membahagikan kuasa kepada roda belakang bagi mengurangkan gelinciran roda depan semasa kereta mula dipandu.

Sistem turut berfungsi dengan mengaktifkan roda belakang apabila berlaku gelinciran pada roda depan dan mempertingkatkan pemanduan di selekoh bagi mengurangkan pembelokan kurang (understeer).

Varian jaluran merah

Dari segi rekaan, Corolla sememangnya mempunyai rupa depan yang garang dan model Hybrid SE Infrared Edition pula tampil sedikit berbeza.

Paling mudah dilihat pastinya riasan dan kemasan merah pada bahagian dalam dan luar kereta.

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023

 

Jaluran dan warna merah ditonjolkan pada bampar depan, skirt sisi, pelapik pintu, alas kaki dan kerusi.

Kemasan merah tersebut berlawanan pula dengan roda 18 inci berwarna Gloss Graphite.

Dari segi keselamatan, kesemua Corolla hibrid dilengkapi sistem Toyota Safety Sense 3.0 dengan fungsi baharu Bantuan Pemanduan Proaktif.

Fungsi itu merangkumi Bantuan Antisipasi Halangan dan Bantuan Nyahpecutan.

Toyota tidak memperincikan harga Corolla hibrid SE Infrared Edition dan sebagai rujukan, Corolla Hybrid SE CVT dijual pada USD$25,200 (RM119,372)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Corolla Hybrid SE Infrared Edition 2023