Toyota Corolla Hatchback FX rai model ikonik Corolla FX16 80-an, 1,600 unit sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Hatchback FX 2026
Toyota Corolla Hatchback FX 2026
Pada Jun 2024 Toyota memperkenalkan edisi istimewa Corolla FX di Amerika Syarikat (AS) sebagai penghormatan kepada Corolla FX16 tahun 1987.

Hatchback ini membawa definisi pocket rocket dengan enjin 4AGE 1.6 liter yang menghasilkan 108 kuasa kuda (hp) pada 6,600 rpm. Enjin boleh diligat sehingga 7,500 rpm.

Rekaannya pula tipikal sebuah hatchback era 80-an dengan bentuk berkotak dan bergaris.

Corolla FX tahun lalu merupakan sebuah sedan dan terbaru Toyota memperkenalkan Corolla Hatchback FX.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025
Toyota Corolla FX Special Edition 2025

 

Model ini diubah daripada Corolla Hatchback SE dan tampil dengan perkakasan istimewa seperti sayap belakang tinggi dan berlian.

Penampilan lebih menyerlah dengan roda aloi putih berkilat 18 inci dengan nat lug hitam. Lencana Corolla pada but mengingatkan kepada FX16 asal.

Warna Inferno membentuk penampilan yang begitu menyerlah dan memberi jawapan kenapa Corolla ini sebuah hatchback yang cantik.

Turrut ditawarkan warna Ice Cap dan Blue Crush Metallic.

 

Toyota Corolla FX16 1987

 

Pada bahagian dalam, Corolla Hatchback FX menggunakan kerusi Sport Touring hitam dengan suede dan jahitan jingga.

Jahitan sama dibuat pada panel pintu, stereng dan sarung batang gear.

Edisi istimewa ini didatangkan standard dengan gugusan meter digital tujuh inci dan pengecas tanpa wayar. Skrin Toyota Audio Multimedia bersaiz lapan inci.

Corolla Hatchback FX digerakkan enjin Dynamic-Force 2.0 liter yang menghasilkan 169 hp pada 6,600 dan 205Nm pada 4,800 rpm. 

 

Toyota Corolla Hatchback FX 2026

 

Dari segi teknologi pemanduan, model ini dilengkapi Toyota Safety Sense 3.0.

Di antara fungsi seperti Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Kawalan Jelajah Radar Dinamik Julat Penuh dan Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng.

Turut dilengkapi Bantuan Pengesanan Lorong, Bantuan Tanda Jalan, Lampu Tinggi Automatik dan Bantuan Pemanduan Proaktif.

 

Toyota Corolla Hatchback FX 2026

 

Hanya 1,600 unit Corolla Hatchback Edisi FX akan dipasang untuk pasaran AS.

Corolla generasi ke-12 dikeluarkan sejak 2018 lagi dan walaupun sudah bertahun kekal menawan.

Usia begini juga bermakna pengganti bakal menyusul namun Corolla tetap istimewa.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Corolla Hatchback FX 2026

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sebagai sebahagian daripada usaha TGR untuk membina kereta yang lebih baik bermula dari dunia…
Berita Global
Perincian Pembaharuan Toyota Harrier 2025     Untuk model 2025, Toyota Harrier menerima…
Berita Global
Langkah ini menandakan usaha besar-besaran untuk mewujudkan satu kuasa besar baharu dalam industri…