Toyota Corolla GT AE86 dijual pada RM271k di UK (Tahun '87, 1 pemilik!)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla GT AE86 1987
Toyota Corolla GT AE86 1987
Berlawanan dengan hukum susut nilai, ada sejumlah kereta yang semakin meningkat harganya.
Kereta sebegini biasanya disimpan oleh collectors kerana mereka tahu nilainya pada masa akan datang.

Selain itu, kereta yang bernilai tinggi tidak lagi buatan Eropah atau Amerika Syarikat sahaja kerana model ikonik dari Jepun juga sudah menjangkau ratusan ribu ringgit.

Di antara negara yang hebat dalam bidaan kereta ikonik ialah United Kingdom. Pelbagai model menarik yang boleh ditemui pada harga yang cukup hebat.

Pada 27 Julai, Car & Classic dari UK mengumumkan kejayaan penjualan sebuah model ikonik dengan kisah tersendiri.

Sebuah Toyota Corolla GT AE86 tahun 1987 berjaya dijual pada harga GBP46,250 (RM271,390)! Unit itu berjaya dijual melalui platform bidaan dalam talian Car & Classic.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
TOYOTA COROLLA GT AE86 1987

 

Model rare AE86 tersebut dikatakan terjual pada harga tertinggi di acara bidaan dan mengalahkan sebuah lagi di Amerika Syarikat pada harga USD40,000 (GBP29,004/26 Julai) Mac lalu.

Kisah di sebalik AE86 ini juga menarik apabila pemilik asal mendapatkannya bagi menceriakan diri selepas berpisah dengan pasangan.

AE86 ini dibeli baharu dari Hallens Toyota di Cambridge pada harga GBP12,500 pada tahun 1978 dan hanya dipandu 148,059 kilometer sahaja.

Beliau memesan AE86 ini tanpa aksesori tambahan namun sudah cukup hebat dengan spesifikasi standard seperti bumbung suria, radio dan pemain kaset dan roda aloi.

 

TOYOTA COROLLA GT AE86 1987

 

AE86 ini juga diselenggara dengan cermat dan hanya dimiliki oleh seorang individu sahaja.

Kereta ini pernah dianggap sebagai tidak berbaloi untuk dibaiki dan pemilik membawanya pulang dari pihak insurans dan membaik pulih mengikut standard kereta baharu.

Apa yang berlaku ialah cat AE86 ini dirosakkan oleh pelaku vandalisme pada tahun 2006. Pemilik tidak sanggup untuk melihat kereta kesayangan ini dihantar ke pusat pelupusan kenderaan.

Akhirnya dengan berat hati selepas 34 tahun, AE86 ini dilepaskan dan hanya membuat keputusan untuk menjual melalui Car & Classic selepas mengalami kecederaan. 

Memandu kereta tanpa stereng berkuasa bukan sesuatu yang sesuai untuk beliau.

 

TOYOTA COROLLA GT AE86 1987

 

Ada lagi sebenarnya barang berharga pada kereta ini, di antaranya ialah pelbagai dokumen dan brosur yang diberi kepada beliau ketika memilih warna Wine Red.

Lagi barang menarik ialah kepak lumpur (mud flap) Toyota, plet nombor pendatfaran dengan nama pengedar dan pemegang telefon Nokia yang lama!

GT86 ini sangat istimewa kerana bukan setakat rare tetapi hendak mencari unit dalam keadaan seperti beku dalam masa juga hampir sukar!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

TOYOTA COROLLA GT AE86 1987