Toyota Corolla GR Sport dilancarkan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Dari segi luaran, penampilan Toyota Corolla sedan mungkin sudah cukup sporti dan menawan, namun Toyota Eropah telah pun melancarkan sebuah lagi versi yang lebih sporti iaitu Toyota Corolla GR Sport serba baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan rupa luaran yang diinspirasikan daripada model-model berorientasikan prestasi GR, Corolla GR Sport ini merupakan model GR Sport pertama yang ditawarkan untuk pasaran Eropah.

 


Beberapa perubahan dilakukan seperti penggunaan warna piano black pada gril hadapan, perumah cermin sisi, tiang tengah, serta kemasan pada bahagian sisi kereta.

Manakala bumper hadapan turut didatangkan dengan hiasan berbentuk C berwarna hitam yang bukan sahaja menambah imej agresif, malah turut menonjolkan penampilan kereta yang lebar.

 


Keempat-empat roda didatangkan dengan rim aloi berwarna hitam serta tanda dagangan GR pada cap tengah, di mana dua saiz ditawarkan iaitu 17 inci standard atau opsyen rim bersaiz 18 inci.

Selain daripada itu, terdapat spoiler bootlid yang dilayangkan warna badan, kemasan hitam di atas nombor pendaftaran di bahagian belakang dan logo GR Sport menghiasi ruang tersebut.

Terdapat sehingga lapan warna pilihan termasuklah satu warna baharu iaitu Dynamic Grey, di mana Toyota menawarkan pilihan warna dua tona dengan bumbung hitam.

 


Memasuki ruang kabin, Corolla sedan GR Sport ini didatangkan dengan headliner berwarna hitam, roda stereng balutan kulit berliang, serta hiasan ambang pintu yang membawakan logo GR.

Tempat duduk pula adalah jenis berkontur dengan bolster kusyen dan perehat kepala terintegrasi, dan didatangkan dengan kombinasi fabrik hitam dan kulit sintetik, serta jahitan kontras merah dan putih yang menyamai warna tema Toyota Gazoo Racing.

 


Para pembeli juga boleh mendapatkan peralatan tambahan seperti sistem pencahayaan ambien, lampu luaran LED serta kemasan cat dua tona yang disebutkan di atas.

Toyota Corolla Sedan GR Sport bakal dijual dengan pilihan enjin sedia ada dan bergantung kepada pasaran mana yang ditawarkan, di mana produksi akan bermula pada November 2020.

Penjualan Toyota Corolla sedan GR Sport hanya akan bermula pada awal tahun hadapan.

Baca: Toyota Corolla Cross

Baca: VIDEO: Toyota GR Yaris 

Baca: Toyota Corolla Apex Edition

Baca: Toyota Corolla Special Edition Hatchback

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pakej yang dinamakan Apex Sport Package ini merupakan naik taraf berbentuk kosmetik untuk varian…