Toyota Corolla Generasi Ke-4 - Moden pada masanya

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara generasi Toyota Corolla yang paling dikenali di Malaysia ialah generasi yang keempat, atau lebih dikenali sebagai KE-70 di sini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kod sebenar E70 (K dan T di hadapan ialah rujukan kepada enjin yang digunakan, dan di Malaysia kebanyakannya datang dengan enjin 1.3L siri K), rekabentuknya dihasilkan oleh ketua jurutera Toyota, Fumio Agetsuma dalam tahun 1974.

Tugasan beliau perlu mengikut garis panduan yang diberikannya ketika itu:

  • Sedan yang lebih senyap agar lebih menyerlah dari pesaingnya
  • Menggunakan bentuk yang paling aerodinamik (pada masa itu) dengan ruang kabin yang luas serta lengkap dengan ciri-ciri moden
  • Ia mesti lain dari Corolla sebelum itu, tanpa menidakkan kepopulariti jenama itu. Ia juga perlu menjawab keperluan yang dimahukan oleh orang-orang kebanyakan yang memandu Corolla.
  • Corolla generasi keempat mesti menarik untuk pengguna muda dan juga yang lebih matang. Ia juga perlu menarik di kesemua pasarannya dan ia mampu digunakan di kawasan sejuk, tropika dan di kawasan padang pasir yang panas. Ia adalah Corolla yang perlu menggembirakan kesemua penggunanya dari seluruh dunia.
  • Corolla mempunyai tradisi yang menarik dan Corolla generasi keempat perlu memenuhi jangkaan pemandu dari semua pelusuk bumi.
toyota E70 liftback

 

Mungkin kerana itu, Agetsuma mengarahkan kesemua perekabentuk untuk menghadiri satu kuliah oleh pasukan penyelidik aerodinamik di Pusat Teknikal Higashi-Fuji.

Rekabentuk Corolla E70 ini adalah hasil dari ujian-ujian selama lebih dari 400 jam di dalam "wind tunnel".

Hasilnya ialah sebuah Corolla dengan muncung yang lebih tajam untuk prestasi aerodinamik (Cd 0.35) dan bahagian punggung yang tinggi untuk stailing yang menarik dan juga tambahan ciri praktikaliti.

 

 

Rangkanya juga ditambah dengan struktur anti gegaran serta penggunaan kedapan bunyi untuk menghalang bunyi jalanraya masuk ke bahagian kabin penumpang.

Dan bamper plastik urethane dipasang buat pertama kalinya bagi menyerap hentakan dari pelanggaran kecil, dan kerana itu perkataan "Black Belt" digunakan di dalam iklan-iklannya.

 

 

Bahagian kabin juga menerima perubahan drastik untuk dunia kereta pada zaman itu.

Bila kereta-kereta pesaing menggunakan meter-meter berasingan, Corolla E70 menggunakan panel meter yang besar dan kesemua tolok-tolok itu di letakkan sekali. Tren ini kemudiannya ditiru oleh jenama-jenama lain.

Suis-suis juga direka agar mengingatkan pengguna akan butang-butang pada mesin taip Itali dan stereng dengan dua batang (spoke) pula mirip kepada sedan keluarga mewah.

Di Jepun, ia dilancarkan dalam bulan Mac 1979 dan ia datang dalam beberapa varian: sedan dua pintu, sedan empat pintu, Hardtop Coupe dua pintu dan Liftback coupe tiga pintu.

 

 

Dalam bulan Ogos 1979, varian wagon tiga pintu dan lima pintu pula diperkenalkan.

Corolla E70 juga kemudiannya menerima varian sporti dengan enjin 1.8L 13T dan menjadi asas kepada model Corolla Levin TE71 dan Corolla Sedan GT yang dijual dipasaran domestik Jepun.

Antara sebab kenapa ia juga diminati ialah kerana ia menggunakan sistem gantungan belakang lima-sambungan (5-link) dengan pegas gegelung (coil spring) dan batang Panhard. Sebelum ini, sedan-sedan biasa banyaknya menggunakan pegas dedaun (leaf spring) seperti sebuah van atau trak pikap untuk sistem gantungan di belakang.

 

 

Sebanyak 12.3 juta unit dijual sepanjang 17 tahun usianya di dalam pasaran. 

Modifikasi yang sering dilakukan ketika ia popular di Malaysia pada zaman itu ialah mengubah tempat nombor plet ke bahagian bamper agar ia nampak seperti belakang sebuah BMW 3-Series E21.

Fakta di mana ia adalah sebuah kereta pacuan roda belakang menjadikan ia popular semasa demam drifting melanda dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…