Toyota Corolla Cross dilancarkan di Indonesia - dua varian, bermula dari RM132 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya selepas pengenalan rasmi di Thailand baru-baru ini, Toyota Corolla Cross akhirnya mendarat di destinasi seterusnya, negara jiran Indonesia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pihak Toyota Astra Motor secara rasmi melancarkan crossover Toyota Corolla Cross yang didatangkan dalam dua varian utama, versi bukan hibrid dan varian hibrid.

 


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Toyota Corolla Cross dibangunkan menggunakan platform TNGA-C sama seperti model Corolla dan C-HR, dengan dimensi yang duduk ditengah-tengah antara crossover C-HR dan RAV4 yang lebih besar.

Di Indonesia, versi asas hadir dengan enjin 1.8 liter 2ZR-FE menghasilkan 140 PS dan 169 Nm, sementara Corolla Cross Hybrid pula dilengkapi enjin 2ZR-FXE (98 PS/142 Nm) yang dibantu dengan motor elektrik (72 hp/163 Nm).

Model aspirasi natural itu tadi menerima transmisi CVT-i manakala model hibrid pula dipasang dengan transmisi CVT elektrik.

 


Toyota mendakwa, dengan penggunaan casis yang ringan, model Corolla Cross NA itu tadi mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 6.5 liter/100 km manakala model hibrid lebih jimat, serendah 4.3 liter untuk setiap 100 km.

Walaupun di pasaran Thailand, Toyota Corolla Cross dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense, ciri tersebut nampaknya tidak tersedia untuk pasaran Indonesia selain daripada ciri ABS, EBD, bantuan mula mendaki dan tujuh beg udara secara standard.

 


Harga jualan pula bermula dari 457.8 juta Rupiah (RM132,135) untuk versi asas, manakala versi hibrid pula dijual pada harga 497.8 juta Rupiah (RM143,680).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laman Drive AU melaporkan Toyota telah mendaftarkan tanda dagang "Land Cruiser FJ" di…
Pelancaran
Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan…
Berita Global
Keberkesanan sistem trenkuasa tersebut telah dibuktikan menerusi perlumbaan Super Taikyu Series 24…