Toyota Corolla bertanding di BTCC 2019

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat mereka yang mengikuti perkembangan sukan permotoran semasa apabila Toyota mengumumkan bakal menggunakan khidmat Corolla baharu untuk bertanding di dalam British Touring Car Championship (BTCC) 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera lumba hatchback tersebut bakal disediakan oleh Speedworks Motorsports dengan tugas pemandu jentera ini diserahkan kepada juara dua kali kelas Independent BTCC, Tom Ingram, 25 tahun.

Selari dengan regulasi yang telah ditetapkan, Corolla BTCC ini mengenepikan khidmat enjin hibrid dan bakal menggunakan enjin petrol 2.0 liter. 
 


Musim perlumbaan yang lalu, Ingram dengan Toyota Avensis berjaya meraih sembilan kemenangan di dalam BTCC selain merangkul anugerah Independent Driver dan trofi pasukan dua tahun berturut-turut. 

Penyertaan Corolla kembali ke dalam BTCC dengan livery yang ikonik itu mengingatkan kita kepada kemenangan Toyota Corolla AE86 Levin (dikenali dengan nama GT Coupe di UK) 30 tahun yang lalu.
 


Pada ketika itu, sebuah jentera kecil dengan enjin 4A-GE 1,587 cc yang jatuh dalam kelas D BTCC ini mampu menghamburkan kuasa sekitar 195 hp!

Dibantu dengan berat sekitar 800 kg dan skil pemanduan oleh Chris Hodgetts, beliau berjaya memandu AE86 tersebut dengan bergaya dan mengalahkan jentera lain yang lebih berkuasa seperti Rover Vitesse dan Ford Sierra Cosworth! 

 


Kuasa bukanlah segalanya di dalam medan perlumbaan, dan diharapkan Corolla BTCC 2019 ini mampu mengembalikan kegemilangan yang dikecapi oleh AE86 Levin 30 tahun yang lalu.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada memfokuskan kepada model seperti GR Yaris, GR Supra, GR Corolla dan GR86, Toyota…
Berita Global
Keberkesanan sistem trenkuasa tersebut telah dibuktikan menerusi perlumbaan Super Taikyu Series 24…
Berita Global
Bermula dengan trenkuasa hibrid, kesemua bentuk badan Corolla (sedan, wagon, hatchback) boleh…