Toyota Corolla 2021 Special Edition hatchback - sporti, namun masih bukan GR Corolla

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model homologasi khas GR Yaris ke pasaran, Toyota turut merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi model pantas, iaitu GR Corolla dengan enjin tiga silinder 1.6 liter turbo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anda harus bersabar kerana model yang dimaksudkan tidak akan hadir terlebih dahulu, sebaliknya Toyota membawakan sebuah model hatchback Corolla 2021 dengan penawaran unit terhad dan pakej yang sporti.

Dari segi luaran, Corolla hatchback ini dilayangkan dalam satu warna tunggal iaitu Supersonic Red, rim aloi bersaiz 18 inci, dan trim warna hitam menggantikan peranan warna krom.

 


Selain daripada itu, Toyota turut menawarkan kit badan tersendiri yang merangkumi skirt sisi, splitter hadapan, kemasan bumper belakang dan juga spoiler bumbung berwarna hitam.

Namun, disebalik penampilan yang sporti itu, Toyota Corolla hatchback SE ini masih kekal dengan enjin Dynamic Force empat silinder sebaris 2.0 liter yang menghasilkan 168 kuasa kuda yang memacu roda hadapan menerusi transmisi CVT.

Transmisi manual enam nisbah kelajuan turut ditawarkan sebagai ciri opsyen.

 


Aspek praktikaliti merupakan ciri yang ditekankan pada model ini di mana Toyota Corolla hatchback 2021 ini didatangkan dengan opsyen Enhanced Cargo Space yang menambah ruang tambahan 170 liter kepada ruang 651 liter sedia ada.

Namun, ciri ini membuang komponen tayar simpanan dan menggantikannya dengan kit pembaikan tayar.

 

 


Ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan penambahan beg udara sisi yang dipasang pada tempat duduk belakang (jumlah beg udara: 10 unit!), amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantuan titik buta, dan ciri Toyota Safety Sense 2.0 yang merangkumi:

  • Amaran pra pelanggaran
  • Ciri pengesanan pejalan kaki, penunggang basikal, kenderaan
  • Kawalan Pelayaran Dinamik Radar
  • Amaran keluar Laluan dengan bantuan stereng
  • Lampu suluhan tinggi automatik
  • Bantuan pengesan laluan
  • Bantuan papan tanda

Versi Corolla hatchback Special Edition ini hanya ditawarkan dalam 1,500 unit sahaja di Amerika Syarikat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…