Toyota Corolla 2020 kini hadir dengan unit infotainmen lebih moden, skrin lebih besar!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kira-kira enam bulan pelancaran rasmi sedan segmen C Corolla, UMW Toyota akhirnya mengemaskini penawaran dengan membawakan sistem infotainmen serba baharu yang lebih besar dan lebih moden.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini sekaligus menggantikan unit yang dikongsi bersama model Vios/Yaris yang agak kecil iaitu 6.8 inci.  

Skrin infotainmen bersaiz 9 inci tersebut kini didatangkan dengan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri sambungan Wi-Fi, pengecaman suara, USB dan Bluetooth.

Namun, penawaran ini hanya terhad kepada varian tertinggi sahaja iaitu 1.8G, manakala varian 1.8E tidak menerima ciri moden ini.

Harga jualan bagi model 1.8E kekal tidak berubah, RM128,888 manakala harga jualan varian 1.8G meningkat RM3,000 kepada RM139,888.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…
Berita Global
Untuk model tahun 2024, pengeluar itu telah mengemaskini penawaran varian tersebut dengan…