Salah satu daripadanya adalah Compact Cruiser EV Concept, di mana sekali imbas mengingatkan kita kepada model Toyota FJ Cruiser.

Menurut Toyota, rekaan Compact Cruiser EV ini sememangnya mengambil inspirasi daripada generasi pertama Land Cruiser, serta rekaan retro-futuristik daripada FJ Cruiser.
Ia menampilkan elemen seperti skid plate yang besar, fender bersegi, jarak kelegaan tanah yang tinggi, tangga di bahagian sisi, serta kehadiran rak bumbung yang memperlihatkan konsep sebenar kenderaan ini biarpun ia sebenarnya bersaiz kompak.

Dengan sistem pacuan semua roda secara standard, Toyota menyasarkan Compact Cruiser ini kepada golongan professional muda yang mahu menikmati aktiviti luar yang santai.
Setakat ini, tiada sebarang info berkenaan trenkuasa dan platform yang digunakan, namun besar kemungkinan ia mungkin sekali akan lahir sebagai sebuah SUV off-road berkuasa elektrik menggunakan pelantar eTNGA.