Toyota Century SUV tetap sesuai untuk golongan muda – Akio Toyoda

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, Toyota telah melancarkan model Century SUV sebagai pelengkap kepada penawaran sedan Century yang kini sudah tiga generasi berada di pasaran.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Model Century SUV itu tidak berkongsi platform yang sama dengan model sedan, sebaliknya menggunakan platform TNGA-K yang turut digunakan oleh Toyota Grand Highlander dan Lexus TX.
 

century


Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di pasaran Jepun dengan harga jualan bermula dari 25,000,000 yen (RM788k).

Baca: Toyota Century SUV 2024

Agak mahal, akan tetapi menurut Akio Toyota, Toyota Century SUV itu juga sangat sesuai untuk golongan muda, serta kelompok pelanggan yang sebelum ini merasakan bahawa sedan Century bukan untuk mereka.
 

century


Bekas presiden dan CEO itu juga turut mengimbau kembali kenangan suatu ketika dahulu di mana kawasan parkir pegawai eksekutif di ibu pejabat Toyota Jepun hanya terdiri daripada barisan sedan Century sahaja.

Namun begitu, peredaran zaman turut menyaksikan sesetengah pegawai tertinggi Toyota lebih gemar memandu atau menggunakan minivan Alphard dan Vellfire sebagai mod pengangkutan, berbanding sedan Century sebelum ini.
 

vellfire


Apabila model generasi baharu Alphard dan Vellfire diperkenalkan pada tahun ini, Toyota turut mengambil kesempatan mendedahkan gambar acah Century SUV, sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lepas.

Di Jepun, Toyota Century boleh didapati dalam pelbagai jenis konfigurasi, termasuklah varian sporti GRMN serta model khusus yang dilengkapi dengan pintu gelangsar di bahagian belakang.

Sumber: Toyota Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak asing lagi, Toyoda atau dikenali dengan nama Morizo merupakan seorang yang aktif dan…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…