Namun, keadaan itu bakal berubah pada tahun ini di mana Toyota dilapor akan hadir dengan Toyota Century SUV.
Berdasarkan laporan Best Car Web, model Century SUV itu akan dibangun menggunakan model Highlander, dengan dimensi yang lebih panjang (5.2 meter) dan konfigurasi dua tempat duduk sahaja untuk baris kedua yang menawarkan ruang kaki yang lebih luas.

Tidak seperti sedan Century generasi terkini yang hadir dengan nadi V8, Century SUV ini akan dibekalkan dengan enjin 8GR-FXS bentangan V6 3.5 liter hibrid yang diperoleh daripada Lexus LC 500h.
Laman Best Car percaya, SUV Century baharu ini akan dipandu sendiri oleh kebanyakan pemilik berbanding sedan Century yang rata-ratanya menggunakan khidmat pemandu.

Harga jualan dianggarkan bermula dari 10 juta yen (RM332,118), dan ia akan muncul di pasaran Jepun seawal pertengahan tahun ini. Sebagai perbandingan, sedan Toyota Century (gambar atas) dijual pada harga bermula dari ¥19,600,000 (RM650,746).
Tiada sebarang berita berhubung kehadiran model SUV baharu ini untuk pasaran lain di peringkat global.
Sumber: Best Car Web