Toyota Century convertible milik Maharaja Jepun - kereta diraja baharu untuk tempoh 30 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan negara matahari terbit, Era Heisei sudah pun digantikan dengan Era Reiwa, seiring dengan penukaran tampuk pimpinan tertinggi Maharaja Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, Maharaja Jepun sudah pasti memerlukan kenderaan baharu, memandangkan di dalam tempoh 30 tahun, keluarga diraja itu tidak pernah sekali bertukar atau beralih arah daripada kereta rasmi Rolls-Royce Corniche III tahun 1990. 

Untuk menggantikan peranan Rolls-Royce Corniche III, ada satu kenderaan yang sesuai memandangkan ia juga turut digelar sebagai "Rolls-Royce Japan" - tidak lain dan tidak bukan Toyota Century.

Menurut Japanese Nostalgic Cars, ia merupakan binaan satu kali seumur hidup (one-off) berdasarkan generasi terkini berkuasa V8 hibrid yang diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2017. 
 


Toyota Century convertible ini akan digunakan untuk perarakan Maharaja Jepun dan isterinya dari Istana Imperial ke Istana Akasaka sepanjang 4.6 kilometer. 

Laluan khas tersebut dipilih bagi mengurangkan kadar kesesakan dan akan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memberikan peluang kepada rakyat jelata untuk menyaksikan momen indah itu. 

Tidak seperti Toyota Century standard kilang, Toyota Century convertible yang sudah dibuang struktur bumbung ini menerima modifikasi seperti tempat duduk belakang ditinggikan 40 mm dan sudut sandar pada 25 darjah untuk memberikan gambaran yang lebih jelas pasangan diraja itu. 

Selepas upacara perarakan itu, Toyota Century diraja ini akan dipamerkan di istana-istana Tokyo dan Kyoto, serta upacara perasmian sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Untuk pengetahuan, ia merupakan kereta diraja baharu semenjak 30 tahun yang lalu dan kereta Rolls-Royce Corniche III itu sebenarnya hanya pernah digunakan sebanyak dua kali sahaja!

Sumber: Japanese Nostalgic Cars

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…
Berita Global
Tidak seperti model-model kereta penumpang Toyota yang lain, Century SUV ini dikategorikan di dalam…
Berita Global
Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai…